Loading...

Peguam Rosmah, Akberdin Abdul Kader Dakwa Pendakwaan Terpilih Terhadapnya, Niat Jahat !

Loading...
Peguam Rosmah, Akberdin Abdul Kader Dakwa Pendakwaan Terpilih Terhadapnya, Niat Jahat ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peguam Rosmah, Akberdin Abdul Kader Dakwa Pendakwaan Terpilih Terhadapnya, Niat Jahat !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peguam Rosmah, Akberdin Abdul Kader Dakwa Pendakwaan Terpilih Terhadapnya, Niat Jahat !
link : Peguam Rosmah, Akberdin Abdul Kader Dakwa Pendakwaan Terpilih Terhadapnya, Niat Jahat !

Baca juga


Peguam Rosmah, Akberdin Abdul Kader Dakwa Pendakwaan Terpilih Terhadapnya, Niat Jahat !

 


KUALA LUMPUR - Pasukan pembelaan Rosmah Mansor mendakwa dia menjadi mangsa pendakwaan terpilih dan berniat jahat, demikian Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu hari ini.

Peguam pembelaaan, Akberdin Abdul Kader berkata demikian semasa perbicaraan terhadap Rosmah berkaitan projek solar hibrid di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Peguam veteran itu membangkitkan perkara ini ketika memeriksa balas saksi pendakwaan, pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Noornabilah Mohd Aziman.

Akberdin menyoal saksi berkenaan berhubung dakwaan bahawa setiausaha Umno bahagian Pekan, Aazmey Abu Talib tidak pernah didakwa sehingga hari ini berkaitan projek itu, namun Rosmah didakwa atas isu tersebut.

Semasa perbicaraan hari ini, Akberdin merujuk kepada perjanjian yang didakwa di mana Aazmey dikatakan akan dibayar RM50 juta oleh Jepak Holdings bagi kerja-kerja perundingan berkaitan projek berkenaan.

Semasa prosiding sebelum ini, nama Aazmey disebut semasa pemeriksaan balas oleh pasukan peguam Rosmah.

Peguam juga membangkitkan apakah Rosmah dikenakan pendakwaan selektif dan berniat jahat kerana kes rasuah terhadap bekas pembantunya Rizal Mansor digugurkan awal tahun ini sebelum Rizal memberi keterangan terhadap Rosmah dalam perbicaraan sekarang.

Pada 8 Jan tahun ini, dilaporkan bahawa pihak pendakwaan menarik balik kes rasuah terhadap Rizal yang berkaitan dengan projek itu.

Akberdin: Selective prosecution (pendakwaan terpilih) berlaku dalam kes ini, aniaya beliau (Rosmah) dan keluarga beliau. Gajah depan mata tak nampak. Ada nampak (didakwa) perjanjian Aazmey, namun dia tidak pernah didakwa? Betul?

Noornabilah: Luar pengetahuan saya.

Akberdin: Tuduhan terhadap beliau (Rosmah) adalah satu bentuk malicious prosecution (pendakwaan berniat jahat). Orang patut dituduh macam Rizal (Mansor) ditarik balik. Aazmey tak didakwa sehingga hari ini, betul?

Noornabilah: Saya hanya siasat, keputusan tuduh (sama ada menarik balik pertuduhan) luar pengetahuan saya, luar bidang tugas saya.

Ketika Akberdin mengulangi bahawa tuduhan terhadap Rosmah adalah satu bentuk tekanan, Noornabilah membantahnya.

Rosmah dibicarakan atas tiga tuduhan menyalahgunakan dana bagi projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak bagi Kementerian Pendidikan.

Dia menghadapi satu tuduhan meminta RM187.5 juta dan dua tuduhan menerima rasuah RM6.5 juta daripada pengarah urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin sebagai ganjaran kerana membantu syarikat itu mendapatkan projek bernilai RM1.25 bilion yang diperoleh melalui rundingan langsung dengan kementerian berkenaan. #sumber



Demikianlah Artikel Peguam Rosmah, Akberdin Abdul Kader Dakwa Pendakwaan Terpilih Terhadapnya, Niat Jahat !

Sekianlah artikel Peguam Rosmah, Akberdin Abdul Kader Dakwa Pendakwaan Terpilih Terhadapnya, Niat Jahat ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Peguam Rosmah, Akberdin Abdul Kader Dakwa Pendakwaan Terpilih Terhadapnya, Niat Jahat ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/10/peguam-rosmah-akberdin-abdul-kader.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

1 Response to "Peguam Rosmah, Akberdin Abdul Kader Dakwa Pendakwaan Terpilih Terhadapnya, Niat Jahat !"

  1. Untuk mempermudah kamu bermain guys www.dewapk.name menghadirkan 9 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di www.dewapk.name
    Kini Hadir Deposit via Pulsa Telkomsel / XL ( Online 24 Jam )

    BalasPadam

Loading...