Loading...

Pertikaikan Institusi Raja: Universiti Malaya Kutuk Dan Gesa Siasat Kenyataan 'UMANY' !

Loading...
Pertikaikan Institusi Raja: Universiti Malaya Kutuk Dan Gesa Siasat Kenyataan 'UMANY' ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pertikaikan Institusi Raja: Universiti Malaya Kutuk Dan Gesa Siasat Kenyataan 'UMANY' !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pertikaikan Institusi Raja: Universiti Malaya Kutuk Dan Gesa Siasat Kenyataan 'UMANY' !
link : Pertikaikan Institusi Raja: Universiti Malaya Kutuk Dan Gesa Siasat Kenyataan 'UMANY' !

Baca juga


Pertikaikan Institusi Raja: Universiti Malaya Kutuk Dan Gesa Siasat Kenyataan 'UMANY' !

 


KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) mengutuk kenyataan Persatuan Pemuda Baharu Universiti Malaya (UMANY) yang disifatkan sebagai tidak menghormati institusi raja.

Sehubungan itu, satu siasatan segera akan dilakukan oleh pihak pengurusan tertinggi universiti itu ke atas badan pelajar berdaftar berkenaan.

Menurut kenyataan Pejabat Komunikasi Korporat UM, pihaknya memandang serius satu hantaran melalui laman Facebook bertajuk “Yang di-Pertuan Agong tidak sepatutnya campur tangan dalam hal ehwal negara” yang dimuat naik UMANY.

“Ditegaskan, bahawa UM menjunjung dan menghormati institusi beraja. Oleh itu, pengurusan tertinggi UM mengutuk sebarang kenyataan yang melanggar atau bertentangan dengan prinsip tersebut.

“UM akan menjalankan siasatan lanjut mengenai perkara ini dengan segera,” kata kenyataan itu hari ini.

UMANY dalam Facebooknya semalam dilaporkan berkata, Malaysia telah meneruskan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan sejak penubuhannya.

Maka, di bawah sistem itu, walaupun Malaysia mengekalkan sistem monarki, raja hanya mempunyai status simbolik yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Menurut persatuan itu, Artikel 40, perenggan 1A Perlembagaan, Ketua Tertinggi Persekutuan (YDPA) harus bertindak sesuai dengan nasihat yang dibuat oleh Kabinet.

“Sama ada melantik Ketua Hakim, duta diplomatik atau bahkan meluluskan berbagai undang-undang di Parlimen, raja tidak mempunyai wewenang,” kata UMANY.

Persatuan itu menyatakan pendiriannya iaitu Yang di-Pertuan Agong tidak boleh mencampuri urusan negara, tetapi perlu sentiasa menjaga sikap berkecuali dan memainkan peranannya dalam kerangka yang dibenarkan oleh Perlembagaan.

Bagaimanapun hantaran di aman Facebook itu telah dipadamkan. #sumber



Demikianlah Artikel Pertikaikan Institusi Raja: Universiti Malaya Kutuk Dan Gesa Siasat Kenyataan 'UMANY' !

Sekianlah artikel Pertikaikan Institusi Raja: Universiti Malaya Kutuk Dan Gesa Siasat Kenyataan 'UMANY' ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pertikaikan Institusi Raja: Universiti Malaya Kutuk Dan Gesa Siasat Kenyataan 'UMANY' ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/10/pertikaikan-institusi-raja-universiti.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pertikaikan Institusi Raja: Universiti Malaya Kutuk Dan Gesa Siasat Kenyataan 'UMANY' !"

Catat Ulasan

Loading...