Loading...

Polis Siasat Kes Individu Gunakan Nama Agong Untuk Sebar Berita Palsu

Loading...
Polis Siasat Kes Individu Gunakan Nama Agong Untuk Sebar Berita Palsu - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Siasat Kes Individu Gunakan Nama Agong Untuk Sebar Berita Palsu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Siasat Kes Individu Gunakan Nama Agong Untuk Sebar Berita Palsu
link : Polis Siasat Kes Individu Gunakan Nama Agong Untuk Sebar Berita Palsu

Baca juga


Polis Siasat Kes Individu Gunakan Nama Agong Untuk Sebar Berita Palsu

 


KUALA LUMPUR - Polis kini menyiasat kes penggunaan nama dan gambar Yang di-Pertuan Agong  Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Istana Negara oleh individu tertentu untuk mengeluarkan kenyataan tidak benar kepada media.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata siasatan itu dijalankan selepas pihaknya menerima laporan polis daripada pegawai Istana Negara.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan,” katanya kepada Bernama.

Semalam, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata Istana Negara memandang serius perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama atau membabitkan Seri Paduka dan Istana Negara, untuk menyebar berita palsu sama ada bagi kepentingan politik atau peribadi.

Beliau berkata tindakan yang tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja mencemarkan kredibiliti Seri Paduka dan Istana Negara, tetapi juga boleh menimbulkan kegusaran rakyat serta menggugat ketenteraman dalam negara dari pelbagai sudut.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mior Faridalathrash berkata pihaknya sudah merekodkan keterangan bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi berhubung dakwaannya bahawa pencerobohan Lahad Datu oleh pengganas Sulu adalah sandiwara.

“Keterangan beliau (Mohamaddin) telah direkodkan pada 1 Okt  di Kota Kinabalu, Sabah oleh sepasukan anggota di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Sabah,” katanya.

Beliau berkata pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan itu sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya.

Sebelum ini, tular di media sosial satu video berdurasi seminit sembilan saat berkaitan ucapan Mohamaddin yang menganggap peristiwa Lahad Datu yang mengorbankan 10 anggota keselamatan, sebagai sandiwara, semasa berkempen pada Pilihan Raya Negeri Sabah bulan lepas. #sumber



Demikianlah Artikel Polis Siasat Kes Individu Gunakan Nama Agong Untuk Sebar Berita Palsu

Sekianlah artikel Polis Siasat Kes Individu Gunakan Nama Agong Untuk Sebar Berita Palsu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis Siasat Kes Individu Gunakan Nama Agong Untuk Sebar Berita Palsu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/10/polis-siasat-kes-individu-gunakan-nama.html

Subscribe to receive free email updates:

1 Response to "Polis Siasat Kes Individu Gunakan Nama Agong Untuk Sebar Berita Palsu"

  1. Untuk mempermudah kamu bermain guys www.dewapk.name menghadirkan 9 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di www.dewapk.name
    Kini Hadir Deposit via Pulsa Telkomsel / XL ( Online 24 Jam )

    BalasPadam

Loading...