Judul : Sebanyak 260 Kes Baharu Covid-19, 47 Kes Pulih Dan 259 Penularan Tempatan Hari Ini !
link : Sebanyak 260 Kes Baharu Covid-19, 47 Kes Pulih Dan 259 Penularan Tempatan Hari Ini !
Sebanyak 260 Kes Baharu Covid-19, 47 Kes Pulih Dan 259 Penularan Tempatan Hari Ini !
PUTRAJAYA - Sebanyak 260 kes baru Covid-19 dilaporkan hari ini, manakala disahkan 47 pulih.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 260 kes baru itu, 259 adalah penularan tempatan dan 1 kes import.
Setakat ini, Malaysia merekodkan 11,484 kes Covid-19 dengan 10,014 daripadanya sembuh.
Noor Hisham berkata, 260 kes positif Covid-19 dicatat hari ini merupakan bilangan kedua tertinggi pernah dicatatkan di Malaysia setakat ini.
“Malaysia pernah mencatatkan kes Covid-19, tertinggi pada 4 Jun lalu, iaitu sebanyak 277 kes, dengan 270 kes dalam kalangan bukan warganegara dari Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil,” katanya pada sidang media hari ini.
Beliau berkata, daripada 259 penularan dalam negara, 130 adalah warga Malaysia dan 129 kes bukan warganegara.
Manakala bagi kes import, ia membabitkan 1 kes dari United Kingdom.
Noor Hisham berkata, jumlah kes aktif Covid-19 adalah 1,334.
Memperincikan kes penularan tempatan beliau berkata, Sabah merekodkan kes harian tertinggi dengan 118 kes.
“Sementara di Kedah 98 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (13), Selangor (13), Johor (5), Wilayah Persekutuan Putrajaya (5), Terengganu (2), Perlis (2), Melaka (1), Pahang (1) dan Pulau Pinang (1),” katanya.
Tiada kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kekal 136 orang.
Sementara itu, 20 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 3 memerlukan alat bantuan pernafasan. #sumber
Demikianlah Artikel Sebanyak 260 Kes Baharu Covid-19, 47 Kes Pulih Dan 259 Penularan Tempatan Hari Ini !
Anda sekarang membaca artikel Sebanyak 260 Kes Baharu Covid-19, 47 Kes Pulih Dan 259 Penularan Tempatan Hari Ini ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/10/sebanyak-260-kes-baharu-covid-19-47-kes.html
0 Response to "Sebanyak 260 Kes Baharu Covid-19, 47 Kes Pulih Dan 259 Penularan Tempatan Hari Ini !"
Catat Ulasan