Judul : UMNO: Dulu Berkuasa Tapi Kini Kian Terpencil Dalam GRS, Tok Mat Seru Zahid Beri Pedoman
link : UMNO: Dulu Berkuasa Tapi Kini Kian Terpencil Dalam GRS, Tok Mat Seru Zahid Beri Pedoman
UMNO: Dulu Berkuasa Tapi Kini Kian Terpencil Dalam GRS, Tok Mat Seru Zahid Beri Pedoman
PETALING JAYA - Datuk Seri Zahid Hamidi didesak memberikan pedoman tentang bagaimana UMNO harus berurusan dengan pesaingnya, kerana keputusan pilihan raya Sabah menunjukkan strategi dan kerjasama yang dimeterai semakin memencilkan parti itu.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata strategi dan kerjasama itu membawa UMNO daripada parti yang menguasai Sabah selama 27 tahun kepada pemain politik terpencil dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Apa yang berlaku di Sabah, tekannya, memerlukan UMNO memikirkan semula pendekatannya.
“Jika Sabah dijadikan sandaran, kelangsungan, pengaruh dan keterlihatan UMNO akan terus terjejas dalam jangka masa pendek dan akhirnya melemahkan UMNO dalam jangka waktu panjang,” katanya dalam kenyataan.
Mohamad turut mempersoalkan pengorbanan UMNO memberikan kerusi terkuatnya kepada pesaing, mengatakan ia amat menjejaskan kekuatan parti itu.
Beliau juga membidas keadaan di mana partinya terpaksa berhadapan calon Bebas “yang ditaja oleh pihak berkepentingan untuk melemahkan UMNO”.
“Janji yang dimeterai berkaitan portfolio Kabinet pun hampir dimungkiri,” katanya.
“Kita akan dinilai dengan apa yang boleh kita tawarkan kepada Malaysia. Bukan betapa besarnya pengorbanan kita untuk parti tertentu atau kelangsungan Perikatan Nasional.”
Mohamad menyarankan UMNO harus menghasilkan suatu “konsensus politik yang tegas” untuk meredakan keresahan, ketidakpuasan hati, dan rasa marah ahli terhadap cara parti itu diperlakukan pesaingnya.
“Tiba masanya Presiden UMNO memberikan pedoman dan halatuju jelas kepada parti dan semua ahlinya, tentang bagaimana kita harus meneruskan kerjasama kita dengan saingan politik kita,” katanya. #sumber
Demikianlah Artikel UMNO: Dulu Berkuasa Tapi Kini Kian Terpencil Dalam GRS, Tok Mat Seru Zahid Beri Pedoman
Anda sekarang membaca artikel UMNO: Dulu Berkuasa Tapi Kini Kian Terpencil Dalam GRS, Tok Mat Seru Zahid Beri Pedoman dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/10/umno-dulu-berkuasa-tapi-kini-kian.html
Permisi...numpang lewat,buat kamu yang lagi bosan dan ingin mengisi waktu luang dengan menambah penghasilan yuk gabung di di situs kami www.fanspoker.com
BalasPadamkesempatan menang lebih besar yakin ngak nyesel deh ^^,di tunggu ya.
Kini Hadir Deposit via Pulsa Telkomsel / XL ( Online 24 Jam )
|| WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||