Judul : ADUN Ketari Persoal: JASA Dapat RM81 Juta, Tapi Peruntukan FELDA Hanyalah RM51 Juta !
link : ADUN Ketari Persoal: JASA Dapat RM81 Juta, Tapi Peruntukan FELDA Hanyalah RM51 Juta !
ADUN Ketari Persoal: JASA Dapat RM81 Juta, Tapi Peruntukan FELDA Hanyalah RM51 Juta !
BENTONG - Ahli Dewan Ubdangan BlNsgeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman mempersoalkan kenapaJASA dapat RM80 juta, Projek Bekalan Air FELDA pun hanya dapat RM51 juta.
"Projek Jalan FELDA dimansuhkan terus.
"Harap orang FELDA cari nanti apa fungsi JASA ni," katanya dalam ciapan di Twitter beliau.
Jabatan itu sebelum ini didakwa memainkan peranan sebagai unit propaganda yang digunakan oleh kerajaan BN untuk menyerang pemimpin pembangkang.
Ia kemudiannya dimansuhkan selepas Pakatan Harapan mengambil alih pada 2018.
Dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat pada Jumaat, kerajaan PN kembali menghidupkan JASA dengan peruntukan RM85.5 juta.
Berdasarkan anggaran perbelanjaan Persekutuan, terdapat dua peruntukan untuk jabatan berkenaan di bawah belanjawan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Peruntukan pertama sebanyak RM4 juta di bawah belanjawan komunikasi strategi dan peruntukan kedua sebanyak RM81.5 juta di bawah dasar baru.
Jumlah kedua-duanya, iaitu RM85.5 juta adalah peningkatan 185 peratus daripada RM30 juta yang diperuntukkan kepada jabatan itu oleh kerajaan BN di bawah Belanjawan 2018. #sumber
Demikianlah Artikel ADUN Ketari Persoal: JASA Dapat RM81 Juta, Tapi Peruntukan FELDA Hanyalah RM51 Juta !
Anda sekarang membaca artikel ADUN Ketari Persoal: JASA Dapat RM81 Juta, Tapi Peruntukan FELDA Hanyalah RM51 Juta ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/11/adun-ketari-persoal-jasa-dapat-rm81.html
0 Response to "ADUN Ketari Persoal: JASA Dapat RM81 Juta, Tapi Peruntukan FELDA Hanyalah RM51 Juta !"
Catat Ulasan