Loading...

Anwar Beri Bayangan 'Belanjawan 2021' Tidak Mendapat Sokongan Majoriti Di Dewan Rakyat

Loading...
Anwar Beri Bayangan 'Belanjawan 2021' Tidak Mendapat Sokongan Majoriti Di Dewan Rakyat - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anwar Beri Bayangan 'Belanjawan 2021' Tidak Mendapat Sokongan Majoriti Di Dewan Rakyat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anwar Beri Bayangan 'Belanjawan 2021' Tidak Mendapat Sokongan Majoriti Di Dewan Rakyat
link : Anwar Beri Bayangan 'Belanjawan 2021' Tidak Mendapat Sokongan Majoriti Di Dewan Rakyat

Baca juga


Anwar Beri Bayangan 'Belanjawan 2021' Tidak Mendapat Sokongan Majoriti Di Dewan Rakyat

 


KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim awal-awal lagi sudah memberi bayangan Belanjawan 2021 yang telah dibenatngkan Jumaat lepas tidak akan mendapat sokongan majoriti di Parlimen.

Beliau beberapa kali menyifatkan bajet itu mengelirukan dan terpesong dan penuh dengan tanda tanya malah mendakwa rakyat terus terpinggir dari pelbagai aspek.

Malah beliau berkata, banyak juga pandangan yang menjurus kepada kepentingan rakyat sebenarnya tidak diendahkan sebaliknya ada juga perbelanjaan yang tidak begitu terdesak diberikan keutamaan.

Antaranya termasuklah peruntukan untuk mencegah penularan Covid-19 serta dana untuk warga barisan hadapan sebenarnya tidak mencukupi.

“Ini belanjawan yang sungguh misleading.  Perlu ada ketelusan. Bagi saya, ini adalah belanjawan cukup mengelirukan sebenarnya dengan angka-angka yang diumumkan itu.

“Peruntukan untuk Covid-19 sebenarnya jumlah kecil dari jumlah keseluruhan. Saya tidak faham langsung mana boleh peruntukan Kementerian Kesihatan ‘disorok’ bawah peruntukan pembangunan dalam Belanjawan 2021?

“Bukankah peruntukan ini harus diberikan penjelasan sebab utamanya mungkin hendak tunjukkan tidak ada defisit bertambah,” katanya pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Presiden PKR itu membuat jangkaan tidak mungkin sokongan majoriti dapat diperoleh bagi Belanjawan 2021 yang padanya tidak banyak menyelesaikan penderitaan rakyat ketika pandemik.

“Pastinya Belanjawan ini akan mendapat sokongan penuh dalam Dewan Rakyat sekiranya pindaan dibuat demi kebajikan dan kepentingan rakyat. Anda perlu tahu, tidak ada andaian mudah dalam perkara ini.

“Kerajaan, Menteri Kewangan dan Perdana Menteri tahu belum ada kepastian belanjawan dalam bentuk sekarang kalau tidak dipinda untuk membela nasib rakyat seperti yang kita tuntut. Belum tentu dan pasti kita luluskan bajet ini dengan mudah.

“Saya usulkan Menteri Kewangan (Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz) benar benar teliti, dengar hujah, supaya hal Covid-19 diberi keutamaan. Kita (pembangkang) diberitahu, digesa, dinasihat supaya sokong Belanjawan Covid-19 dan kita hanya akan sokong Belanjawan Covid-19…bukan yang lain,” katanya.

Dalam satu celahan mengenai peruntukan besar dalam Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Anwar mahu Menteri Kewangan membatalkannya kerana Tengku Zafrul didakwanya ‘terperangkap’ dengan orang politik. #sumber



Demikianlah Artikel Anwar Beri Bayangan 'Belanjawan 2021' Tidak Mendapat Sokongan Majoriti Di Dewan Rakyat

Sekianlah artikel Anwar Beri Bayangan 'Belanjawan 2021' Tidak Mendapat Sokongan Majoriti Di Dewan Rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anwar Beri Bayangan 'Belanjawan 2021' Tidak Mendapat Sokongan Majoriti Di Dewan Rakyat dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/11/anwar-beri-bayangan-belanjawan-2021.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Anwar Beri Bayangan 'Belanjawan 2021' Tidak Mendapat Sokongan Majoriti Di Dewan Rakyat"

Catat Ulasan

Loading...