Judul : Azalina Tegur Menteri, Timbalan Menteri Tiada Di Dewan Semasa 'Belanjawan 2021' Di Bahas !
link : Azalina Tegur Menteri, Timbalan Menteri Tiada Di Dewan Semasa 'Belanjawan 2021' Di Bahas !
Azalina Tegur Menteri, Timbalan Menteri Tiada Di Dewan Semasa 'Belanjawan 2021' Di Bahas !
KUALA LUMPUR - Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azalina Othman Said, menegur kerajaan mengatakan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz, atau timbalannya, Datuk Abdul Rahim Bakri dan Mohd Shahar Abdullah, mesti berada di Dewan Rakyat ketika ahli Parlimen membahaskan Belanjawan 2021.
Beliau mengingatkan kerajaan bahawa belanjawan merupakan perkara penting dan perlu diberi perhatian.
“Saya nak minta Menteri atau Timbalan Menteri yang ada dua orang tolong duduk dalam dewan bila perbahasan dilakukan ahli Parlimen,” katanya sebelum menamatkan sidang hari ini.
Azalina faham tentang kesibukan Menteri dan Timbalannya, tetapi begitu juga semua wakil rakyat.
“Menteri banyak tak ada, isu belanjawan isu penting,” katanya.
Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) mencelah untuk memaklumkan bahawa beliau difahamkan Menteri dan Timbalannya menghadiri mesyuarat.
Terdahulu, Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, tertanya kenapa Menteri atau Timbalannya tidak berada di Dewan Rakyat ketika belanjawan dibahaskan.
Sebelum itu, Rayer membangkitkan hal sama kepada YDP Datuk Azhar Azizan Harun, yang menjelaskan tiada peruntukan mewajibkan Menteri atau Timbalannya mesti berada di Dewan Rakyat ketika wakil rakyat membahaskan belanjawan yang mereka bentangkan.
“Tiada pun peruntukan yang mewajibkan menteri dan timbalan menteri kena ada dalam dewan ketika belanjawan. Saya rasa mereka pantau dari luar,” katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Azalina Tegur Menteri, Timbalan Menteri Tiada Di Dewan Semasa 'Belanjawan 2021' Di Bahas !
Anda sekarang membaca artikel Azalina Tegur Menteri, Timbalan Menteri Tiada Di Dewan Semasa 'Belanjawan 2021' Di Bahas ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/11/azalina-tegur-menteri-timbalan-menteri.html
0 Response to "Azalina Tegur Menteri, Timbalan Menteri Tiada Di Dewan Semasa 'Belanjawan 2021' Di Bahas !"
Catat Ulasan