Judul : Azmin Ali Di Lantik Jadi Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional Bagi Menghadapi PRU-15 !
link : Azmin Ali Di Lantik Jadi Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional Bagi Menghadapi PRU-15 !
Azmin Ali Di Lantik Jadi Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional Bagi Menghadapi PRU-15 !
KUALA LUMPUR – Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) hari ini sebulat suara melantik Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Pengarah Pilihan Raya gabungan itu bagi mengetuai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, MT PN turut memutuskan penubuhan Badan Perhubungan Negeri PN bagi memperkasakan gerak kerja di peringkat akar umbi dan menyelaras aktiviti parti di peringkat negeri.
Keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat MT PN pada 9 November lalu yang memuktamadkan beberapa keputusan bagi mengukuhkan kedudukan PN sebagai parti politik yang menerajui kerajaan hari ini.
“Dalam hal ini, Pengerusi PN akan melantik Pengerusi Badan Perhubungan Negeri yang akan memanggil dan mempengerusikan semua mesyuarat Badan Perhubungan Negeri,” kata Hamzah dalam kenyataan di sini.
Selain itu, Majlis Tertinggi PN turut melantik Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM), Ir Khairil Nizam sebagai Ketua Pemuda PN yang baharu.
“Sayap Pemuda PN yang dipimpin oleh Ir. Ts. Khairil Nizam Khiruddin juga diminta untuk merancakkan lagi aktiviti di peringkat akar umbi agar dapat merapatkan silaturahim antara ahli-ahli parti.
“Majlis Tertinggi percaya keputusan-keputusan ini bakal memantapkan lagi gerak kerja PN di semua peringkat dan menambah baik koordinasi dalam kalangan parti-parti komponen PN,” katanya lagi. #sumber
Demikianlah Artikel Azmin Ali Di Lantik Jadi Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional Bagi Menghadapi PRU-15 !
Anda sekarang membaca artikel Azmin Ali Di Lantik Jadi Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional Bagi Menghadapi PRU-15 ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/11/azmin-ali-di-lantik-jadi-pengarah.html
0 Response to "Azmin Ali Di Lantik Jadi Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional Bagi Menghadapi PRU-15 !"
Catat Ulasan