Loading...

Bapa Di Dakwa 'Sembilan' Lagi Tuduhan Seks Luar Tabii, Amang Seksual Terhadap Anaknya

Loading...
Bapa Di Dakwa 'Sembilan' Lagi Tuduhan Seks Luar Tabii, Amang Seksual Terhadap Anaknya - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bapa Di Dakwa 'Sembilan' Lagi Tuduhan Seks Luar Tabii, Amang Seksual Terhadap Anaknya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bapa Di Dakwa 'Sembilan' Lagi Tuduhan Seks Luar Tabii, Amang Seksual Terhadap Anaknya
link : Bapa Di Dakwa 'Sembilan' Lagi Tuduhan Seks Luar Tabii, Amang Seksual Terhadap Anaknya

Baca juga


Bapa Di Dakwa 'Sembilan' Lagi Tuduhan Seks Luar Tabii, Amang Seksual Terhadap Anaknya

 


KUALA LUMPUR -- Seorang bapa yang menghadapi 41 pertuduhan melakukan jenayah seksual terhadap anak perempuannya berumur 15 tahun, sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini, atas sembilan pertuduhan melakukan seks di luar tabii dan amang seksual ke atas mangsa sama.

Pengusaha syarikat pembersihan berumur 42 tahun itu mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Norhazani Hamzah.

Lelaki itu didakwa atas enam pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dengan anak kandungnya berumur 15 tahun 11 bulan, di sebuah bilik di rumah tertuduh di sebuah taman perumahan di Bukit Antarabangsa di sini, pada 8 pagi dan 3 petang, antara 19 hingga 29 Okt lalu.

Pendakwaan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan  hukuman penjara minimum lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Dia turut didakwa atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama, hujung September 2019 hingga awal Mac 2020, pukul 3 pagi dan 8.30 pagi, di lokasi serupa, mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama, yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya S. Sangitaa tidak menawarkan jaminan atas alasan kesalahan itu adalah serius dan tertuduh kini menghadapi 50 pertuduhan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu supaya  jaminan dibenarkan kerana dia mempunyai tanggungjawab ke atas syarikat dan perlu menjaga kebajikan pekerja serta perlu menjaga isteri dan empat anaknya.

"Segala tuduhan terhadap saya hanya spekulasi semata-mata kerana saya belum didapati bersalah. Mangsa sudah tidak tinggal bersama saya kerana dia kini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan JKM akan menghalang saya mengganggu mangsa," katanya.

Norhazani tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 17 Dis ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.

Difahamkan, mangsa merupakan anak tunggal tertuduh dengan bekas isteri yang tinggal di Kuala Nerang, Kedah dan dia mendapat hak penjagaan ke atas mangsa tahun lepas.

Semalam, lelaki itu mengaku tidak bersalah di mahkamah sama atas 41 pertuduhan melakukan sumbang mahram, seks di luar tabii dan amang seksual terhadap mangsa sejak Januari hingga Oktober lalu, di rumah sama.

Norhazani semalam tidak membenarkan tertuduh diikat jamin. #sumber



Demikianlah Artikel Bapa Di Dakwa 'Sembilan' Lagi Tuduhan Seks Luar Tabii, Amang Seksual Terhadap Anaknya

Sekianlah artikel Bapa Di Dakwa 'Sembilan' Lagi Tuduhan Seks Luar Tabii, Amang Seksual Terhadap Anaknya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bapa Di Dakwa 'Sembilan' Lagi Tuduhan Seks Luar Tabii, Amang Seksual Terhadap Anaknya dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/11/bapa-di-dakwa-sembilan-lagi-tuduhan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bapa Di Dakwa 'Sembilan' Lagi Tuduhan Seks Luar Tabii, Amang Seksual Terhadap Anaknya"

Catat Ulasan

Loading...