Loading...

Belanjawan 2021: Bukan Kumpulan Bersasar Sahaja Perlu Keluarkan Wang Akaun 1 KWSP

Loading...
Belanjawan 2021: Bukan Kumpulan Bersasar Sahaja Perlu Keluarkan Wang Akaun 1 KWSP - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Belanjawan 2021: Bukan Kumpulan Bersasar Sahaja Perlu Keluarkan Wang Akaun 1 KWSP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Belanjawan 2021: Bukan Kumpulan Bersasar Sahaja Perlu Keluarkan Wang Akaun 1 KWSP
link : Belanjawan 2021: Bukan Kumpulan Bersasar Sahaja Perlu Keluarkan Wang Akaun 1 KWSP

Baca juga


Belanjawan 2021: Bukan Kumpulan Bersasar Sahaja Perlu Keluarkan Wang Akaun 1 KWSP

 


KUALA LUMPUR – “Bukannya kami tidak berterima kasih dengan kerajaan yang membenarkan pengeluaran simpanan Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Tetapi dengan hanya membenarkan RM500 sebulan serta hanya kumpulan tersasar sahaja, bukankah lagi ramai rakyat Malaysia sedang berdepan kesempitan wang dan mereka kecewa.”

Itu luahan Presiden Makkal Sakti, Datuk RS Thanenthiran hari ini.

Menurutnya, ramai kini terdesak dan mahu kerajaan memberi berita baik kepada mereka untuk mengeluarkan jumlah besar wang KWSP supaya mereka dapat menyelesaikan hutang serta memulakan perniagaan.

Bagaimanapun dengan kerajaan meletakkan syarat hanya kumpulan yang telah kehilangan kerja serta hanya boleh membuat pengeluaran RM500 setiap bulan selama 12 bulan ia menjadi berita kurang baik pula.

“Sebenarnya bukan sahaja golongan yang hilang kerja ini susah, ramai sebenarnya. Covid-19 telah memberikan impak cukup besar secara keseluruhannya kepada semua bukan sahaja B40 sebaliknya M40.

“Ramai juga yang masih bekerja tetapi gaji kurang, tidak ada lagi insentif lain. Ada juga komitmen lain, ada juga dalam kalangan keluarga mereka hilang kerja atau mata pencarian lain dan terpaksa bergantung harap satu pihak.

“Seandainya pengeluaran ini dibenarkan sehingga 10 peratus, mungkin wang itu akan digunakan untuk tujuan pembayaran hutang seperti rumah, kereta atau komitmen lain sekaligus untuk beberapa bulan.

“Kini mereka hilang arah kerana tidak semua sebenarnya mendapat manfaat dari Belanjawan 2021 ini, semua orang sedang susah itulah realitinya,” katanya.

Semalam Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata ahli yang layak boleh memohon mulai Januari 2021 dengan jumlah pengeluaran sehingga RM6,000.

Pengeluaran Akaun 1 KWSP dijangka meringankan beban kewangan kepada 600,000 ahli terjejas selain membantu mereka yang kehilangan pekerjaan.

Kata Thanenthiran, hakikatnya RM500 sebulan itu sebenarnya tidak banyak membantu pada masa kini.

“Ini adalah simpanan titik peluh kita bukan? Jika benarkan pencarum keluarkan secara one off mereka juga tahu untuk mengendalikan wang simpanan hari tua mereka itu.

“Siapa yang menyangka akan berlakunya pandemik Covid-19? Siapa sangka berlakunya ketidakstabilan ekonomi bukan sahaja dalam Malaysia sebaliknya seluruh dunia? Wang KWSP itu juga kegunaannya untuk saat kecemasan seperti ini.

“Ramai juga di luar kerana tidak ada jalan keluar akhirnya bertindak pula meminjam dari ah long, ceti haram dan sebagainya. Ini juga tidak baik kerana krisis ini membawa kita ke isu-isu sosial yang lain. Patutnya wang ini bantu bukan pada hari tua sebaliknya kecemasan seperti ini.

“Sekurang-kurangnya bagilah pengeluaran sehingga RM1,000 sebulan bukannya RM500 itupun hanya golongan tersasar iaitu 600,000 pencarum sahaja. Lebih dari itu perlukan bantuan, tolonglah wahai kerajaan prihatin,” tegasnya. #sumber



Demikianlah Artikel Belanjawan 2021: Bukan Kumpulan Bersasar Sahaja Perlu Keluarkan Wang Akaun 1 KWSP

Sekianlah artikel Belanjawan 2021: Bukan Kumpulan Bersasar Sahaja Perlu Keluarkan Wang Akaun 1 KWSP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Belanjawan 2021: Bukan Kumpulan Bersasar Sahaja Perlu Keluarkan Wang Akaun 1 KWSP dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/11/belanjawan-2021-bukan-kumpulan-bersasar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Belanjawan 2021: Bukan Kumpulan Bersasar Sahaja Perlu Keluarkan Wang Akaun 1 KWSP"

Catat Ulasan

Loading...