Judul : Biden Sah Presiden Amerika Syarikat Ke-46
link : Biden Sah Presiden Amerika Syarikat Ke-46
Biden Sah Presiden Amerika Syarikat Ke-46
CALON Demokrat, Joe Biden menang pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46 dengan memperolehi 284 undi elektoral manakala pencabarnya, Donald Trump dari parti Republikan hanya meraih 214 undi elektoral.
Memetik laporan AP, kerusi terakhir yang dimenangi Biden adalah Pennsylvania yang memberinya 20 undi elektoral.
Keputusan menyaksikan Biden menjadi calon Demokrat pertama dalam tempoh 24 tahun untuk memenangi undi elektoral di Arizona selepas menang besar di California, New York, Minnesota dan New Hampshire yang pernah dimenangi Hillary Clinton pada 2016.
Kejayaan pada usia 77 tahun dengan kempen bertemakan ‘A Battle for the Soul of the Nation' juga membolehkan Biden menafikan hasrat Trump untuk menjadi Presiden untuk penggal kedua. #sumber
Demikianlah Artikel Biden Sah Presiden Amerika Syarikat Ke-46
Anda sekarang membaca artikel Biden Sah Presiden Amerika Syarikat Ke-46 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/11/biden-sah-presiden-amerika-syarikat-ke.html

0 Response to "Biden Sah Presiden Amerika Syarikat Ke-46"
Catat Ulasan