Judul : Covid-19: Sebanyak 1,315 Kes Positif Baharu, Dengan Empat Kematian Di Rekodkan Hari Ini
link : Covid-19: Sebanyak 1,315 Kes Positif Baharu, Dengan Empat Kematian Di Rekodkan Hari Ini
Covid-19: Sebanyak 1,315 Kes Positif Baharu, Dengan Empat Kematian Di Rekodkan Hari Ini
KUALA LUMPUR - Malaysia merekodkan sebanyak 1,315 jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam.
Daripada angka berkenaan, 1,310 merupakan penularan dalam negara manakala lima lagi merupakan kes import.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan media memaklumkan, jumlah sembuh baharu adalah sebanyak 1,110 dengan jumlah kumulatif 51,314.
KKM juga merekodkan, sebanyak empat kematian dalam tempoh yang sama selain pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah serama 118 orang dengan 43 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
"Negeri Sabah pada hari ini masih melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 476 kes (36.2 peratus), di mana 406 kes (85.3 peratus) daripada kes-kes dikesan di negeri Sabah adalah hasil saringan kluster-kluster dan kontak rapat kes positif COVID-19 yang giat dijalankan di lapangan.
"Ini diikuti oleh negeri Selangor sebanyak 266 kes (20.2 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 191 kes (14.5 peratus).
"Sebanyak 112 kes (8.5 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster PTS Sibuga (99 kes), Kluster Tembok (8 kes), Kluster Penjara Reman (2 kes), Kluster Rumah Merah (2 kes), dan Kluster Penjara Kepayan (1 kes)," jelas kenyataan itu.
Dalam pada itu, kenyataan itu berkata, sebanyak enam kluster baharu dilaporkan dengan keseluruhan 355 kluster sehingga 28 November.
Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 175 kluster termasuk dua kluster iaitu Kluster Menara dan Kluster Simera.
"Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 180 kluster.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 44 kluster melaporkan pertambahan kes. "Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Enggor (126 kes), Kluster Teratai (90 kes) dan Kluster Bintang (71 kes).
"Sementara kluster baharu adalah, Kluster PTS Sibuga, Kluster Tapak Bina Jesselton, Kluster Dermaga, Kluster Tempasuk, Kluster UD SS2 dan Kluster Tapak Bina Awan Baru," jelas kenyataan itu lagi. #sumber
Demikianlah Artikel Covid-19: Sebanyak 1,315 Kes Positif Baharu, Dengan Empat Kematian Di Rekodkan Hari Ini
Anda sekarang membaca artikel Covid-19: Sebanyak 1,315 Kes Positif Baharu, Dengan Empat Kematian Di Rekodkan Hari Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/11/covid-19-sebanyak-1315-kes-positif.html

0 Response to "Covid-19: Sebanyak 1,315 Kes Positif Baharu, Dengan Empat Kematian Di Rekodkan Hari Ini"
Catat Ulasan