Judul : Fitnah Dana RM8.6 Juta: Penggerak Komuniti Negara (PKN) Pahang Membuat Laporan Polis Terhadap Pemimpin DAP Perak, Steven Chaw !
link : Fitnah Dana RM8.6 Juta: Penggerak Komuniti Negara (PKN) Pahang Membuat Laporan Polis Terhadap Pemimpin DAP Perak, Steven Chaw !
Fitnah Dana RM8.6 Juta: Penggerak Komuniti Negara (PKN) Pahang Membuat Laporan Polis Terhadap Pemimpin DAP Perak, Steven Chaw !
KUANTAN: Penggerak Komuniti Negara (PKN) Pahang mendesak polis supaya segera menyiasat Ketua Pemuda DAP Perak, Steven Chaw berhubung dakwaan pertubuhan itu menerima dana sebanyak RM8.6 juta.
Timbalan Pengerusinya, Albakri Salim berkata, ia perlu dilakukan segera kerana 14 laporan polis dibuat dengan PKN Pahang yang terakhir.
“Selain polis, kami juga mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya segera siasat Steven Chaw.
“Kami juga tidak teragak-agak mengambil tindakan seterusnya jika penyebaran fitnah dibuat secara berterusan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD), di sini hari ini.
Yang hadir sama Ketua Penerangan PKN Pahang, Razali Alias bersama tujuh ahli pertubuhan itu.
Terdahulu, Steven Chaw bersama pucuk pimpinan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Perak serta Pemuda Pakatan Harapan (PH) Perak membuat laporan polis berhubung dana RM8.6juta kepada PKN.
Menerusi laporan tersebut, Steven Chaw mendakwa dana tersebut kemudian diagihkan kepada 11 orang ahli jawatan kuasa pertubuhan itu dengan setiap seorang menerima RM780,000.
Mengulas lanjut, Albakri berkata, PKN Pahang menafikan sekeras-kerasnya tohmahan dan fitnah pertubuhan tersebut menerima dana berkenaan.
“Apa yang dilaporkan oleh Steven Chaw adalah laporan palsu dan mengandungi maklumat tidak tepat serta berunsur fitnah,” katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Fitnah Dana RM8.6 Juta: Penggerak Komuniti Negara (PKN) Pahang Membuat Laporan Polis Terhadap Pemimpin DAP Perak, Steven Chaw !
Anda sekarang membaca artikel Fitnah Dana RM8.6 Juta: Penggerak Komuniti Negara (PKN) Pahang Membuat Laporan Polis Terhadap Pemimpin DAP Perak, Steven Chaw ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/11/fitnah-dana-rm86-juta-penggerak.html
0 Response to "Fitnah Dana RM8.6 Juta: Penggerak Komuniti Negara (PKN) Pahang Membuat Laporan Polis Terhadap Pemimpin DAP Perak, Steven Chaw !"
Catat Ulasan