Loading...

Husam Dakwa "Kenyataan" Isu Kekosongan Jawatan Senator Di Salah Lapor Oleh Media

Loading...
Husam Dakwa "Kenyataan" Isu Kekosongan Jawatan Senator Di Salah Lapor Oleh Media - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Husam Dakwa "Kenyataan" Isu Kekosongan Jawatan Senator Di Salah Lapor Oleh Media, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Husam Dakwa "Kenyataan" Isu Kekosongan Jawatan Senator Di Salah Lapor Oleh Media
link : Husam Dakwa "Kenyataan" Isu Kekosongan Jawatan Senator Di Salah Lapor Oleh Media

Baca juga


Husam Dakwa "Kenyataan" Isu Kekosongan Jawatan Senator Di Salah Lapor Oleh Media

 


PETALING JAYA - Datuk Husam Musa mendakwa kenyataannya mengenai isu kekosongan 16 jawatan Senator tidak diisi ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dibangkitkan beliau disalah lapor media.

Ia menyebabkan respons Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar dibuat atas kekeliruan yang berlaku.

“Terdapat kesilapan laporan oleh laman berita yang memetik kenyataan saya pada Ahad lepas (2 Nov 2020) sehingga menimbulkan kekeliruan berdasarkan komen Mahfuz.

“Dalam ucapan saya nyatakan rasa pilu saya ketika memasuki persidangan Dewan Negara selepas kejatuhan kerajaan PH kerana 16 senator yang baru dilantik oleh Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri PN adalah kuota yang tidak diisi oleh Dr Mahathir sebelumnya,” kata bekas Naib Presiden Amanah itu dalam kenyataan hari ini.

Katanya, disebabkan kuota itu tidak diisi ia membolehkan kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisikannya dengan mudah ketika mentadbir Perikatan Nasional (PN) .

“Peluang PH telah berlalu. Seakan telah disengajakan ditinggalkan kosong tidak diisi sejak pengisian pertama hampir dua tahun sebelumnya,” katanya menegaskan isu kekosongan jawatan itu acap kali dibangkitkan dalam mesyuarat PH tetapi tiada penjelasan diberikan.

Beliau turut menolak konon isu yang dibangkitkan beliau itu kerana mempersoalkan kelewatan pelantikannya sebagai senator.

“Kedudukan ini tidak sama dengan apa dipersoalkan oleh Mahfuz, seakan saya mempersoalkan kelambatan pelantikan saya sebagai senator,” katanya.

Terdahulu, Mahfuz mengulas kenyataan Husam yang disiarkan sebuah portal, mendakwa Mahathir mahu menjatuhkan PH sejak hari pertama menjadi kerajaan termasuk menuduh bekas Perdana Menteri itu sengaja melengah-lengahkan pelantikan senator dalam kalangan ahli gabungan berkenaan hanya pandangan peribadi.

Mahfuz turut menyifatkan kenyataan Husam yang menyerang Mahathir juga tiada kaitan dengan parti itu.

“Itu pandangan peribadi dia (Husam) tidak ada kena mengena dengan Amanah.

“Kalau (Mahathir) lengahkan pelantikan senator (PH) tentu Husam pun tidak dilantik sebagai senator, malah Husam dicadangkan Tun untuk jawatan timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan, tapi dia tolak jawatan Timbalan Menteri,” kata Mahfuz.

Memetik laporan portal itu, Husam mendakwa kejatuhan PH dirancang sejak hari pertama menjadi kerajaan.

Kata Husam, salah satu sikap Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri ialah melengah-lengahkan pelantikan Senator dalam kalangan ahli parti PH.

“Saya masuk (jadi senator) selepas PH jatuh tapi ada 16 kekosongan senator pada zaman PH. Tun (Mahathir) macam sudah simpan orang untuk dilantik kemudian di Dewan Negara macam Zahid Mat Arip dan Tengku (Datuk Seri) Zafrul (Tengku Abdul Aziz) dan lain-lain,” katanya dalam sembang santai politik: kejatuhan PH adalah satu rancangan di DHM Channel pada Ahad. #sumber



Demikianlah Artikel Husam Dakwa "Kenyataan" Isu Kekosongan Jawatan Senator Di Salah Lapor Oleh Media

Sekianlah artikel Husam Dakwa "Kenyataan" Isu Kekosongan Jawatan Senator Di Salah Lapor Oleh Media kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Husam Dakwa "Kenyataan" Isu Kekosongan Jawatan Senator Di Salah Lapor Oleh Media dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/11/husam-dakwa-kenyataan-isu-kekosongan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Husam Dakwa "Kenyataan" Isu Kekosongan Jawatan Senator Di Salah Lapor Oleh Media"

Catat Ulasan

Loading...