Loading...

Isu Pencerobohan Hutan Di Pahang, PEMBELA Tuntut Tindakan Tegas SPRM, Jabatan Hutan !

Loading...
Isu Pencerobohan Hutan Di Pahang, PEMBELA Tuntut Tindakan Tegas SPRM, Jabatan Hutan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu Pencerobohan Hutan Di Pahang, PEMBELA Tuntut Tindakan Tegas SPRM, Jabatan Hutan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu Pencerobohan Hutan Di Pahang, PEMBELA Tuntut Tindakan Tegas SPRM, Jabatan Hutan !
link : Isu Pencerobohan Hutan Di Pahang, PEMBELA Tuntut Tindakan Tegas SPRM, Jabatan Hutan !

Baca juga


Isu Pencerobohan Hutan Di Pahang, PEMBELA Tuntut Tindakan Tegas SPRM, Jabatan Hutan !

KUANTAN – Pihak berkuasa dituntut untuk bertindak tegas terhadap isu pencerobohan tanah dan hutan secara haram di negeri ini.

Perkara itu ditegaskan Ketua Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Pahang, Datuk Syed Nasarudin Syed Abd Hadi sebaik selesai menyerahkan memorandum bantahan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri, di sini.

Beliau berkata, ia adalah penyerahan kedua yang dibuat PEMBELA hari ini, selepas Jabatan Perhutanan Pahang.

“Memorandum ini telah diserahkan kepada SPRM Pahang dan berjumpa sendiri dengan Ketua Penguat Kuasa SPRM.

“Kita secara jelas memaklumkan PEMBELA sebagai rakan untuk sama-sama membanteras kegiatan rasuah,” katanya pada sidang media, sebentar tadi.

Turut mewakili PEMBELA – yang terdiri daripada 300 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) – adalah Naib Pengerusinya, Ustaz Masridzi Sat.

Pada masa sama, Ustaz Masridzi turut mengingatkan SPRM dan Jabatan Perhutanan supaya bersikap telus serta berani terhadap isu pencerobohan tanah di Pahang.

“Kedatangan kita adalah bukan musuh tetapi sebagai rakan yang akan bersama mempertahankan agensi penguat kuasa daripada diganggu gugat oleh tangan-tangan ghaib.

“Selepas ini, memorandum ini akan diserahkan juga ke Pejabat Menteri Besar Pahang,” katanya.

Isu pencerobohan tanah di Pahang semakin berlarutan selepas kegiatan haram pihak yang mengusahakan tanam durian Musang King di kawasan Hutan Simpan Lesong, Rompin – seluas 18 hektar – terbongkar.

Difahamkan, mereka bukan sahaja menanam pokok durian Musang King, malah turut menanam pokok durian belanda, nangka, kelapa selain membina stor simpanan barangan serta pejabat di dalam kawasan berkenaan.

Kegiatan berskala besar itu dilakukan di Kompartmen 74 dan 75 membabitkan penggunaan pelbagai jentera berat untuk membersih dan meratakan kawasan selain aktiviti menanam pokok. #sumber



Demikianlah Artikel Isu Pencerobohan Hutan Di Pahang, PEMBELA Tuntut Tindakan Tegas SPRM, Jabatan Hutan !

Sekianlah artikel Isu Pencerobohan Hutan Di Pahang, PEMBELA Tuntut Tindakan Tegas SPRM, Jabatan Hutan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu Pencerobohan Hutan Di Pahang, PEMBELA Tuntut Tindakan Tegas SPRM, Jabatan Hutan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/11/isu-pencerobohan-hutan-di-pahang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Isu Pencerobohan Hutan Di Pahang, PEMBELA Tuntut Tindakan Tegas SPRM, Jabatan Hutan !"

Catat Ulasan

Loading...