Loading...

Jabatan Meteorologi Malaysia Keluar Amaran Cuaca Buruk Di Pantai Timur Hingga Jumaat !

Loading...
Jabatan Meteorologi Malaysia Keluar Amaran Cuaca Buruk Di Pantai Timur Hingga Jumaat ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jabatan Meteorologi Malaysia Keluar Amaran Cuaca Buruk Di Pantai Timur Hingga Jumaat !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jabatan Meteorologi Malaysia Keluar Amaran Cuaca Buruk Di Pantai Timur Hingga Jumaat !
link : Jabatan Meteorologi Malaysia Keluar Amaran Cuaca Buruk Di Pantai Timur Hingga Jumaat !

Baca juga


Jabatan Meteorologi Malaysia Keluar Amaran Cuaca Buruk Di Pantai Timur Hingga Jumaat !

 


KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca buruk peringkat jingga dengan hujan lebat berterusan di negeri-negeri pantai timur Semenanjung hingga Jumaat ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia Jailan Simon berkata keadaan itu melibatkan lima kawasan di Kelantan iaitu Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai,  selain Terengganu dan Kuantan, Pahang.

“Pada masa sama, amaran cuaca buruk yang dikemas kini 11.30 pagi tadi menunjukkan terdapat pertambahan kawasan untuk amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan hujan lebat dijangka berlaku hingga Jumaat ini di tiga daerah di Perak iaitu Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta.

“Cuaca itu diramal akan turut melibatkan lima daerah di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Gua Musang dam enam daerah di Pahang iaitu Jerantut, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin,” katanya dalam kenyataan.

Turut diletakkan dalam kategori amaran itu ialah Perlis dan lapan kawasan di Kedah iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling yang akan berkuat kuasa dari 26 hingga 27 Nov.

Angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 km/jam dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dijangka berlaku di perairan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dalam tempoh itu, katanya.

Menurutnya kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit. #sumber



Demikianlah Artikel Jabatan Meteorologi Malaysia Keluar Amaran Cuaca Buruk Di Pantai Timur Hingga Jumaat !

Sekianlah artikel Jabatan Meteorologi Malaysia Keluar Amaran Cuaca Buruk Di Pantai Timur Hingga Jumaat ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jabatan Meteorologi Malaysia Keluar Amaran Cuaca Buruk Di Pantai Timur Hingga Jumaat ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/11/jabatan-meteorologi-malaysia-keluar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jabatan Meteorologi Malaysia Keluar Amaran Cuaca Buruk Di Pantai Timur Hingga Jumaat !"

Catat Ulasan

Loading...