Loading...

Jawatan 'Timbalan Perdana Menteri' Tidak Ada Dalam Perlembagaan, Biarlah PM Buat Pilihan

Loading...
Jawatan 'Timbalan Perdana Menteri' Tidak Ada Dalam Perlembagaan, Biarlah PM Buat Pilihan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jawatan 'Timbalan Perdana Menteri' Tidak Ada Dalam Perlembagaan, Biarlah PM Buat Pilihan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jawatan 'Timbalan Perdana Menteri' Tidak Ada Dalam Perlembagaan, Biarlah PM Buat Pilihan
link : Jawatan 'Timbalan Perdana Menteri' Tidak Ada Dalam Perlembagaan, Biarlah PM Buat Pilihan

Baca juga


Jawatan 'Timbalan Perdana Menteri' Tidak Ada Dalam Perlembagaan, Biarlah PM Buat Pilihan

 


KUALA LUMPUR – Jawatan Timbalan Perdana Menteri diwujudkan atas bidang kuasa dan budi bicara Perdana Menteri, bukan mengikut Perlembagaan Negara, kata Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar.

Malah, kata bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu, jawatan nombor dua itu juga tidak ada dalam Perlembagaan, sebaliknya ia adalah kedudukan yang dicipta oleh Perdana Menteri.

Oleh itu, katanya, semua pihak harus menghormati kuasa Perdana Menteri untuk memilih siapa sahaja dalam parti politik bagi memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri yang dirasakannya selesa bekerja bawah beliau.

“Walaupun kerajaan Perikatan Nasional (PN) ini didokong oleh beberapa parti politik dan UMNO atau Barisan Nasional (BN) mempunyai banyak kerusi, tetapi pelantikan anggota Kabinet adalah bidang kuasa Perdana Menteri.

“Itu (bidang kuasa itu) perlu dihormati oleh mana-mana parti politik di bawah demokrasi berparlimen.

“Sebagai Perdana Menteri, dia tentunya akan memilih dan melantik siapa yang dia rasa selesa untuk bekerja,” katanya dalam wawancara khas dengan portal MalaysiaPost semalam.

Menurut Wan Ahmad, Timbalan Perdana Menteri adalah jawatan kedua utama negara yang sangat penting dan sesiapa yang mengisi kedudukan itu mestilah orang yang boleh bekerjasama dengan Perdana Menteri.

Kata beliau, jika melantik seorang yang tidak dapat bekerjasama, bukan saja kestabilan politik, malah kestabilan dalam kerajaan juga akan berdepan dengan kesulitan pentadbiran kerana masing-masing tidak sehaluan.

“Malaysia pernah melalui sejarah Perdana Menteri dengan timbalannya tidak sehaluan sebelum ini. Jadi, kita kena ambil iktibar mengenainya.

“Jadi, pelantikan ini adalah bidang kuasa prerogatif Perdana Menteri. Dia sebaik mungkin mahu memilih orang yang boleh bekerjasama dengannya dalam meningkatkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat,” katanya.

Beliau turut bersetuju jawatan nombor dua itu diberikan kepada UMNO, tetapi siapa antara pemimpinnya yang layak terserah kepada Perdana Menteri memilihnya.

“Tidak mengapalah kalau UMNO mahu memastikan pemimpinnya duduk dalam jawatan nombor dua itu. Memang logiklah, sebab UMNO adalah sebuah parti yang besar yang mendokong kerajaan sekarang.

“Maka, sewajarnya dapat pertimbangan atau penghormatan untuk diberikan jawatan itu. rakyat pun boleh terima dan faham hirakinya, tetapi siapakah orangnya?

“Ini UMNO kenalah hormati budi bicara kuasa Perdana Menteri. Sudah tentu beliau (Tan Sri Muhyiddin Yassin) hendak cari orang yang mendokong kuat kepadanya,” katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Jawatan 'Timbalan Perdana Menteri' Tidak Ada Dalam Perlembagaan, Biarlah PM Buat Pilihan

Sekianlah artikel Jawatan 'Timbalan Perdana Menteri' Tidak Ada Dalam Perlembagaan, Biarlah PM Buat Pilihan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jawatan 'Timbalan Perdana Menteri' Tidak Ada Dalam Perlembagaan, Biarlah PM Buat Pilihan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/11/jawatan-timbalan-perdana-menteri-tidak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jawatan 'Timbalan Perdana Menteri' Tidak Ada Dalam Perlembagaan, Biarlah PM Buat Pilihan"

Catat Ulasan

Loading...