Loading...

Kementerian Alam Sekitar Dan Air Merangka Perancangan Pastikan Bekalan Air Yang Baik

Loading...
Kementerian Alam Sekitar Dan Air Merangka Perancangan Pastikan Bekalan Air Yang Baik - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kementerian Alam Sekitar Dan Air Merangka Perancangan Pastikan Bekalan Air Yang Baik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kementerian Alam Sekitar Dan Air Merangka Perancangan Pastikan Bekalan Air Yang Baik
link : Kementerian Alam Sekitar Dan Air Merangka Perancangan Pastikan Bekalan Air Yang Baik

Baca juga


Kementerian Alam Sekitar Dan Air Merangka Perancangan Pastikan Bekalan Air Yang Baik

 


KUALA LUMPUR -- Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) akan memastikan pengguna menikmati bekalan air mentah yang baik, melalui beberapa inisiatif terutama dengan pengurangan kadar kehilangan air tidak terhasil (NRW), selain meningkatkan rizab air terawat.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kadar semasa NRW sebanyak 36.8 peratus dijangka dikurangkan kepada paras 30 peratus pada 2025 dan seterusnya 25 peratus menjelang tahun 2030, manakala rizab margin air terawat akan ditingkatkan kepada 20 peratus pada 2030.

Katanya, kementerian juga menyasarkan penggunaan kadar air per kapita individu daripada 230 liter kepada 180 liter pada 2025.

“Sehubungan itu, penggunaan mandatori peralatan cekap air perlu menjadi satu fenomena atau budaya dalam kalangan masyarakat,” katanya ketika merasmikan ‘Asiawater 2020 Virtual Event’ hari ini.

Beliau berkata bagi negeri yang berhadapan dengan risiko kapasiti takungan dan penyimpanan air mentah, KASA akan melaksanakan lebih banyak projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) bagi mengoptimumkan penggunaan air tebus guna secara lebih luas.

AM
KASA rangka perancangan pastikan bekalan air yang baik

30/11/2020 02:34 PM
KUALA LUMPUR, 30 Nov -- Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) akan memastikan pengguna menikmati bekalan air mentah yang baik, melalui beberapa inisiatif terutama dengan pengurangan kadar kehilangan air tidak terhasil (NRW), selain meningkatkan rizab air terawat.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kadar semasa NRW sebanyak 36.8 peratus dijangka dikurangkan kepada paras 30 peratus pada 2025 dan seterusnya 25 peratus menjelang tahun 2030, manakala rizab margin air terawat akan ditingkatkan kepada 20 peratus pada 2030.

Katanya, kementerian juga menyasarkan penggunaan kadar air per kapita individu daripada 230 liter kepada 180 liter pada 2025.

“Sehubungan itu, penggunaan mandatori peralatan cekap air perlu menjadi satu fenomena atau budaya dalam kalangan masyarakat,” katanya ketika merasmikan ‘Asiawater 2020 Virtual Event’ hari ini.

Beliau berkata bagi negeri yang berhadapan dengan risiko kapasiti takungan dan penyimpanan air mentah, KASA akan melaksanakan lebih banyak projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) bagi mengoptimumkan penggunaan air tebus guna secara lebih luas.

Kementerian berkenaan juga bekerjasama dengan Yayasan Wakaf Malaysia untuk mewujudkan Tabung Wakaf Air Nasional yang menjadi mekanisme menyelesaikan masalah bekalan air kepada penduduk luar bandar serta kawasan yang tidak mencapai bekalan air bersih.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata KASA telah menubuhkan Unit Cegah Jenayah Alam Sekitar (UCJAS) pada Oktober lepas bagi mengkoordinasi tindakan pencegahan dan penyelesaian insiden pencemaran sumber air dengan lebih sistematik melibatkan agensi penguat kuasa termasuk Jabatan Alam Sekitar, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan Polis Diraja Malaysia.

Menerusi aspek perundangan pula, beliau berkata Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 akan dipinda untuk mengenakan denda dan hukuman lebih berat kepada pihak yang melakukan pencemaran sumber air dan pindaan tersebut dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat tahun hadapan.

Tuan Ibrahim berkata bagi memastikan sumber air terpelihara dan tidak menjadi tempat pembuangan sisa, inisiatif Denai Sungai Kebangsaan turut menawarkan insentif kepada masyarakat yang melaporkan kegiatan pihak tidak bertanggungjawab yang terlibat dengan pencemaran sungai.   #sumber



Demikianlah Artikel Kementerian Alam Sekitar Dan Air Merangka Perancangan Pastikan Bekalan Air Yang Baik

Sekianlah artikel Kementerian Alam Sekitar Dan Air Merangka Perancangan Pastikan Bekalan Air Yang Baik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kementerian Alam Sekitar Dan Air Merangka Perancangan Pastikan Bekalan Air Yang Baik dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/11/kementerian-alam-sekitar-dan-air.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kementerian Alam Sekitar Dan Air Merangka Perancangan Pastikan Bekalan Air Yang Baik"

Catat Ulasan

Loading...