Judul : Kenderaan Polis Bawa Jenazah Terlibat Dengan Kemalangan, Waris Pula 'Cedera' Patah Lengan
link : Kenderaan Polis Bawa Jenazah Terlibat Dengan Kemalangan, Waris Pula 'Cedera' Patah Lengan
Kenderaan Polis Bawa Jenazah Terlibat Dengan Kemalangan, Waris Pula 'Cedera' Patah Lengan
BANDAR PERMAISURI - Pacuan empat roda milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membawa jenazah seorang lelaki terlibat dalam kemalangan jalan raya sebelum terjunam ke tebing kawasan ladang kelapa sawit di Kilometer 52 Bari, Sungai Tong di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, insiden pada kira-kira jam 1 tengah hari itu menyebabkan jenazah lelaki berusia 51 tahun tersebut terjatuh dari kenderaan dan warisnya mengalami kecederaan patah lengan kanan manakala anggota polis berpangkat koperal yang memandu kenderaan terseliuh bahu kiri.
“Kemalangan berlaku ketika pacuan empat roda tersebut dalam perjalanan ke Hospital Setiu dari arah Sungai Tong dengan membawa jenazah kes mati mengejut.
“Apabila tiba di lokasi kejadian, hujan lebat serta keadaan jalan yang licin mengakibatkan kenderaan tersebut hilang kawalan lalu terbabas sebelum terjunam ke bawah tebing ladang sawit,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, mangsa yang tercedera dan jenazah itu kemudian dibawa ke Hospital Setiu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. #sumber
Demikianlah Artikel Kenderaan Polis Bawa Jenazah Terlibat Dengan Kemalangan, Waris Pula 'Cedera' Patah Lengan
Anda sekarang membaca artikel Kenderaan Polis Bawa Jenazah Terlibat Dengan Kemalangan, Waris Pula 'Cedera' Patah Lengan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/11/kenderaan-polis-bawa-jenazah-terlibat.html
0 Response to "Kenderaan Polis Bawa Jenazah Terlibat Dengan Kemalangan, Waris Pula 'Cedera' Patah Lengan"
Catat Ulasan