Loading...

Kerajaan Negeri Pahang Peruntuk RM511 Juta Bagi Naik Taraf Empat Loji Rawatan Air ( LRA)

Loading...
Kerajaan Negeri Pahang Peruntuk RM511 Juta Bagi Naik Taraf Empat Loji Rawatan Air ( LRA) - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Negeri Pahang Peruntuk RM511 Juta Bagi Naik Taraf Empat Loji Rawatan Air ( LRA), kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Negeri Pahang Peruntuk RM511 Juta Bagi Naik Taraf Empat Loji Rawatan Air ( LRA)
link : Kerajaan Negeri Pahang Peruntuk RM511 Juta Bagi Naik Taraf Empat Loji Rawatan Air ( LRA)

Baca juga


Kerajaan Negeri Pahang Peruntuk RM511 Juta Bagi Naik Taraf Empat Loji Rawatan Air ( LRA)

 


KUANTAN - Sebanyak RM511 juta telah diperuntukkan Kerajaan Negeri Pahang bagi menaik taraf empat Loji Rawatan Air (LRA) di negeri ini sejak 2018 sehingga tahun ini.

Empat LRA yang sedang dinaik taraf adalah LRA Jelai, Lipis; LRA Karak, Bentong; LRA Kechau, Lipis dan LRA Semambu Fasa 3, Kuantan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, LRA Jelai melibatkan kos sebanyak RM20 juta, LRA Kechau (RM5 juta), LRA Karak (RM40 juta) dan LRA Semambu Fasa 3 membabitkan kos sebanyak RM446 juta.

"Dengan menaik taraf LRA Jelai, ia dijangka dapat menyelesaikan masalah bekalan air secara holistik di beberapa kawasan 'blackspot' iaitu di Institut Pendidikan Guru Lipis, Taman Cheneras Jaya dan kampung sekitar.

"Status kini projek berkenaan adalah dalam peringkat pembinaan dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada tahun 2021," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Lee Ah Wong (BN-Cheka) berkenaan usaha menaik taraf loji air bersih pada sesi pertanyaan-pertanyaan lisan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Wan Rosdy berkata, bagi projek menaik taraf LRA Karak pula, dijangka menyelesaikan masalah bekalan air di Kampung Jambu Rias, sebahagian Pekan Karak dan kampung-kampung sekitar.

Jelasnya, projek itu kini dalam proses pembinaan dan dijangka beroperasi dalam tahun 2022.

Dalam pada itu, beliau berkata, LRA Kechau pula membabitkan projek membaik pulih cerun serta kerja-kerja berkaitan dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada tahun 2021.

Katanya, untuk LRA Semambu Fasa 3 pula, akan menyelesaikan masalah bekalan air di Kawasan Perindustrian Gebeng dan sekitarnya.

"Status terkini dalam peringkat kajian, kerja ukur dan penyiasatan tanah. Dijangka beroperasi pada 2025," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Kerajaan Negeri Pahang Peruntuk RM511 Juta Bagi Naik Taraf Empat Loji Rawatan Air ( LRA)

Sekianlah artikel Kerajaan Negeri Pahang Peruntuk RM511 Juta Bagi Naik Taraf Empat Loji Rawatan Air ( LRA) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Negeri Pahang Peruntuk RM511 Juta Bagi Naik Taraf Empat Loji Rawatan Air ( LRA) dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/11/kerajaan-negeri-pahang-peruntuk-rm511.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kerajaan Negeri Pahang Peruntuk RM511 Juta Bagi Naik Taraf Empat Loji Rawatan Air ( LRA)"

Catat Ulasan

Loading...