Loading...

Kompleks Tenun Pahang Diraja Termasuk Di Dalam Peruntukan RM20 Belanjawan 2020 ?

Loading...
Kompleks Tenun Pahang Diraja Termasuk Di Dalam Peruntukan RM20 Belanjawan 2020 ? - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kompleks Tenun Pahang Diraja Termasuk Di Dalam Peruntukan RM20 Belanjawan 2020 ?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kompleks Tenun Pahang Diraja Termasuk Di Dalam Peruntukan RM20 Belanjawan 2020 ?
link : Kompleks Tenun Pahang Diraja Termasuk Di Dalam Peruntukan RM20 Belanjawan 2020 ?

Baca juga


Kompleks Tenun Pahang Diraja Termasuk Di Dalam Peruntukan RM20 Belanjawan 2020 ?

 


KUALA LUMPUR -- Peruntukan RM20 juta kepada Jabatan Penjara bagi Program Pembangunan Insan (PPI) menerusi Belanjawan 2021, antaranya, adalah untuk pembinaan  Kompleks Tenun Pahang Diraja tahun depan, kata Ketua Pengarah Jabatan Penjara Datuk Seri Zulkifli Omar.

Beliau berkata satu lokasi akan dikenal pasti di Pahang bagi membina kompleks berkenaan yang bakal mengadakan kelas tenunan kepada banduan dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi meningkatkan kemahiran vokasional mereka.

Beliau berkata ini adalah sebahagian daripada usaha menubuhkan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawah Kementerian Dalam Negeri dalam melahirkan banduan berkemahiran vokasional.

“Bengkel-bengkel di setiap penjara yang berkait dengan Tenun Pahang Diraja, songket dan batik juga akan ditambah baik,” katanya kepada Bernama.

Menurut Zulkifli, selain menambah baik infrastruktur dan membaik pulih bengkel serta mesin, pihaknya juga akan memperkasakan persijilan banduan dalam bidang songket dan daster (tenun Pahang Diraja) serta batik bagi mengekalkan warisan fabrik tradisional itu.

Dalam pada itu, Zulkifli menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih ke atas kesudian Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerima lantikan sebagai Penaung Diraja produk My Pride keluaran Jabatan Penjara.

“Diharap banduan dapat menggunakan peluang ini untuk membuktikan mereka mampu bangkit semula untuk menyumbang jasa bakti kepada negara," katanya.

Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada Jumaat, memperuntukkan RM20 juta kepada Jabatan Penjara bagi melaksanakan PPI untuk banduan.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Kamarudin Mohd Rapiq berkata peruntukan RM153 juta dalam Belanjawan 2021 akan digunakan bagi menambah baik kemudahan di pusat-pusat latihan RELA serta modul latihan dan kursus keupayaan penugasan anggota yang semakin kompleks.

Katanya, langkah itu membolehkan lebih ramai anggota RELA menjalani latihan sekali gus memperkasakan pasukan RELA dalam membantu agensi penguatkuasaan lain daripada aspek keselamatan. #sumber



Demikianlah Artikel Kompleks Tenun Pahang Diraja Termasuk Di Dalam Peruntukan RM20 Belanjawan 2020 ?

Sekianlah artikel Kompleks Tenun Pahang Diraja Termasuk Di Dalam Peruntukan RM20 Belanjawan 2020 ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kompleks Tenun Pahang Diraja Termasuk Di Dalam Peruntukan RM20 Belanjawan 2020 ? dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/11/kompleks-tenun-pahang-diraja-termasuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kompleks Tenun Pahang Diraja Termasuk Di Dalam Peruntukan RM20 Belanjawan 2020 ?"

Catat Ulasan

Loading...