Judul : Lokman Noor Adam Di Tahan Polis Ketika Buat Live FB Di Premis Perniagaannya Malam Tadi !
link : Lokman Noor Adam Di Tahan Polis Ketika Buat Live FB Di Premis Perniagaannya Malam Tadi !
Lokman Noor Adam Di Tahan Polis Ketika Buat Live FB Di Premis Perniagaannya Malam Tadi !
KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam telah ditahan polis ketika sedang menbuat siaran Live FB di premis perniagaannya dekat sini malam tadi.
Lokman yang kini merupakan Presiden NGO Laskar Siber Malaysia dan merupakan penyokong kuat mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah seorang pemimpin yang berani bersuara lantang untuk mengkritik kerajaan Perikatan Nasional (PN) dibawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin
Dakwaan terbaru beliau, Ahli Parlimen disogok wang imbuhan sebanyak RM3 juta untuk menyokong pembentangan Bajet 2021 yang akan dibentangkan di parlimen dalam masa terdwkat ini. Kenyataan tersebut sungguh mengejutkan dan Lokman mungkin didakwa sengaja menimbulkan fitnah atas kenyataan yang beliau keluarkan itu gamaknya.
Sebelum ditahan Lokman sempat memuat naik status di halaman Facebooknya meminta peguam dihantar ke JSJT Bukit Aman, dan berhubung dengan pegawai penyiasat bernama Inspektor Nasir. Menurutnya beliau ditahan di bawah Seksyen 506.
Seksyen 506 adalah berkait dengan kesalahan menakutkan secara jenayah. Di bawah kesalahan ini, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Namun jika kesalahan ugutan yang dilakukan lebih serius, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun di bawah undang-undang ini.
Berdasarkan rakaman video, sesi Facebook live Lokman terganggu secara tiba-tiba dan beliau bertanya kepada seseorang dipercayai anggota polis yang hadir di situ.
"Ada apa tuan? Kenapa tuan?" Soalnya kepada anggota polis tersebut.
Lokman turut mengalihkan kamera ke arah anggota berkenaan.
"Rakyat Malaysia pun nak tengok juga ada pihak polis hari ini datang, saya tak tahulah apa benda yang dia nak," katanya.
Lokman kemudian bertanya kepada anggota polis itu jika ada membawa bersama waran tangkap terhadapnya.
"Malam ini saya didatangi oleh beberapa orang anggota polis saya tak tahu apa benda yang mereka mahukan, jadi saya rasa malam ni cukuplah kalau tidak dia orang tunggu lama sangat, dia orang dah tunggu lama dah," katanya.
"Okay tuan silakan," katanya sambil sekali lagi mengarahkan kamera ke arah anggota polis berkenaan sebelum menamatkan siaran Facebook live itu. #sumber
Demikianlah Artikel Lokman Noor Adam Di Tahan Polis Ketika Buat Live FB Di Premis Perniagaannya Malam Tadi !
Anda sekarang membaca artikel Lokman Noor Adam Di Tahan Polis Ketika Buat Live FB Di Premis Perniagaannya Malam Tadi ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/11/lokman-noor-adam-di-tahan-polis-ketika.html
0 Response to "Lokman Noor Adam Di Tahan Polis Ketika Buat Live FB Di Premis Perniagaannya Malam Tadi !"
Catat Ulasan