Loading...

Mahkamah Tinggi Kuantan "Tolak" Permohonan ADUN Tras "Mulakan Semakan" Kehakiman, Isu Wajib Penggunaan Tulisan Jawi Di Papan Tanda

Loading...
Mahkamah Tinggi Kuantan "Tolak" Permohonan ADUN Tras "Mulakan Semakan" Kehakiman, Isu Wajib Penggunaan Tulisan Jawi Di Papan Tanda - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahkamah Tinggi Kuantan "Tolak" Permohonan ADUN Tras "Mulakan Semakan" Kehakiman, Isu Wajib Penggunaan Tulisan Jawi Di Papan Tanda, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahkamah Tinggi Kuantan "Tolak" Permohonan ADUN Tras "Mulakan Semakan" Kehakiman, Isu Wajib Penggunaan Tulisan Jawi Di Papan Tanda
link : Mahkamah Tinggi Kuantan "Tolak" Permohonan ADUN Tras "Mulakan Semakan" Kehakiman, Isu Wajib Penggunaan Tulisan Jawi Di Papan Tanda

Baca juga


Mahkamah Tinggi Kuantan "Tolak" Permohonan ADUN Tras "Mulakan Semakan" Kehakiman, Isu Wajib Penggunaan Tulisan Jawi Di Papan Tanda

KUANTAN - Mahkamah Tinggi di sini hari ini, menolak permohonan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras Chow Yu Hui bagi mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan negeri Pahang mewajibkan penggunaan tulisan jawi pada papan tanda dan iklan di negeri ini.

Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz juga memerintah Chow, 37, selaku plaintif untuk menjelaskan kos masing-masing RM5,000 kepada Majlis Daerah Raub (MDR) dan kerajaan negeri Pahang, yang dinamakan sebagai responden dalam permohonan itu.

Pada penghakimannya, Zainal Azman berkata mahkamah tidak perlu campur tangan dalam polisi penggunaan tulisan jawi yang diwajibkan mulai 1 Januari 2020 kerana sudah diputuskan oleh kerajaan negeri mengikut tatacara yang betul.

"Polisi ini telah dibincangkan dan dibahaskan. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pahang yang bersidang pada 29 Mei 2019 juga bersetuju dengan penyeragaman penggunaan tulisan jawi pada papan tanda dan iklan di Pahang.

"Jika mahkamah harus menyemak segala keputusan mesyuarat EXCO, maka akan berlaku banyak polisi yang hendak dibantah dibawa ke sini, walaupun dibuat dengan tatacara yang betul. Sehubungan itu, mahkamah memutuskan tiada merit di peringkat ini untuk pemohon diberikan kebenaran," katanya.

Zainal Azman juga menolak hujah Chow bahawa semua arahan berkaitan penggunaan tulisan jawi itu adalah terbatal dan tidak boleh diguna pakai kerana arahan tersebut tidak diwartakan, memandangkan beliau mempunyai pengetahuan mengenai pelaksanaan polisi berkenaan.

Ini, menurut Zainal Azman berdasarkan kedudukan Chow selaku ADUN di Pahang, selain pusat khidmat beliau telah menerima surat daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri pada Julai 2019 disusuli notis garis panduan penggunaan tulisan jawi daripada MDR pada Oktober 2019.

Pada prosiding itu, peguam Chong Kar Yan mewakili Chow manakala MDR diwakili peguam Datuk T. Anandan dan Farah Nur Atiqah Bahari sementara Peguam Kanan Persekutuan Noor Fadzila Ishak mewakili kerajaan negeri Pahang.

Sementara itu, Chow ketika ditemui berkata beliau menghormati keputusan mahkamah dan akan berbincang sama ada akan memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.

Chow memfailkan permohonan itu pada 9 April lalu, bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman untuk mendapatkan perintah mahkamah supaya keputusan mesyuarat EXCO Pahang dan garis panduan dikeluarkan MDR berhubung tulisan jawi dibatalkan.

Beliau juga berhasrat mahkamah mengeluarkan perintah agar notis kesalahan yang dikeluarkan MDR pada 9 Januari 2020 kerana didakwa gagal mempamerkan tulisan jawi pada papan tanda pusat khidmatnya, dibatalkan. #sumber




Demikianlah Artikel Mahkamah Tinggi Kuantan "Tolak" Permohonan ADUN Tras "Mulakan Semakan" Kehakiman, Isu Wajib Penggunaan Tulisan Jawi Di Papan Tanda

Sekianlah artikel Mahkamah Tinggi Kuantan "Tolak" Permohonan ADUN Tras "Mulakan Semakan" Kehakiman, Isu Wajib Penggunaan Tulisan Jawi Di Papan Tanda kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahkamah Tinggi Kuantan "Tolak" Permohonan ADUN Tras "Mulakan Semakan" Kehakiman, Isu Wajib Penggunaan Tulisan Jawi Di Papan Tanda dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/11/mahkamah-tinggi-kuantan-tolak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mahkamah Tinggi Kuantan "Tolak" Permohonan ADUN Tras "Mulakan Semakan" Kehakiman, Isu Wajib Penggunaan Tulisan Jawi Di Papan Tanda"

Catat Ulasan

Loading...