Loading...

Pelaburan Mata Wang Kripto, Empat Individu Di Tahan, Wang Tunai RM1.4 Juta Di Rampas !

Loading...
Pelaburan Mata Wang Kripto, Empat Individu Di Tahan, Wang Tunai RM1.4 Juta Di Rampas ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pelaburan Mata Wang Kripto, Empat Individu Di Tahan, Wang Tunai RM1.4 Juta Di Rampas !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelaburan Mata Wang Kripto, Empat Individu Di Tahan, Wang Tunai RM1.4 Juta Di Rampas !
link : Pelaburan Mata Wang Kripto, Empat Individu Di Tahan, Wang Tunai RM1.4 Juta Di Rampas !

Baca juga


Pelaburan Mata Wang Kripto, Empat Individu Di Tahan, Wang Tunai RM1.4 Juta Di Rampas !

 


PETALING JAYA - Empat individu termasuk sepasang suami isteri ditahan kerana disyaki terbabit dalam jenayah pelaburan mata wang kripto dan perisian perjudian dalam talian semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya  ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata mereka yang ditahan terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita warga asing serta seorang wanita tempatan, yang juga bekas pekerja bank tempatan.

“Polis menyerbu sebuah rumah teres di Ara Damansara pada 1.15 tengah hari semalam dan menahan seorang lelaki warga asing berusia 33 tahun dan isterinya iaitu wanita tempatan yang berusia 27 tahun.

“Pemeriksaan kemudian dilakukan ke atas tujuh komputer riba dan polis mengesyaki wujudnya aktiviti pelaburan mata wang kripto dalam talian yang tidak berdaftar dengan Bank Negara,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut menemui dan merampas wang tunai berjumlah RM1,414,740 di dalam peti besi di stor rumah itu yang dibuka dengan bantuan pasukan bomba.

Katanya siasatan lanjut membawa kepada penahanan seorang lelaki serta wanita warga asing masing-masing berusia 31 dan 30 tahun di sebuah kondominium di Sunway dekat sini dan pemeriksaan ke atas komputer riba yang digunakan mereka menunjukkan terdapat pelaburan mata wang kripto dan judi dalam talian.

“Mereka mengaku bekerja dengan lelaki warga asing berusia 33 tahun yang ditahan sebelum itu dan semua suspek direman empat hari serta disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya sambil menambah suspek didapati bergiat sejak tiga bulan lepas dan menyasarkan warga China sebagai pelanggan. #sumber



Demikianlah Artikel Pelaburan Mata Wang Kripto, Empat Individu Di Tahan, Wang Tunai RM1.4 Juta Di Rampas !

Sekianlah artikel Pelaburan Mata Wang Kripto, Empat Individu Di Tahan, Wang Tunai RM1.4 Juta Di Rampas ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pelaburan Mata Wang Kripto, Empat Individu Di Tahan, Wang Tunai RM1.4 Juta Di Rampas ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/11/pelaburan-mata-wang-kripto-empat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pelaburan Mata Wang Kripto, Empat Individu Di Tahan, Wang Tunai RM1.4 Juta Di Rampas !"

Catat Ulasan

Loading...