Loading...

Peruntukkan RM85.5 Juta Terlalu Banyak Buat JASA, Kerajaan Tidak Sensitif Ketika Covid-19 !

Loading...
Peruntukkan RM85.5 Juta Terlalu Banyak Buat JASA, Kerajaan Tidak Sensitif Ketika Covid-19 ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peruntukkan RM85.5 Juta Terlalu Banyak Buat JASA, Kerajaan Tidak Sensitif Ketika Covid-19 !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peruntukkan RM85.5 Juta Terlalu Banyak Buat JASA, Kerajaan Tidak Sensitif Ketika Covid-19 !
link : Peruntukkan RM85.5 Juta Terlalu Banyak Buat JASA, Kerajaan Tidak Sensitif Ketika Covid-19 !

Baca juga


Peruntukkan RM85.5 Juta Terlalu Banyak Buat JASA, Kerajaan Tidak Sensitif Ketika Covid-19 !

 



KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Puad Zarkashi mengkritik peruntukan RM85.5 juta menerusi Belanjawan 2021 untuk jabatan itu terlalu banyak dan tidak sensitif ketika negara dilanda gelombang ke-3 Covid-19.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu bersetuju dengan penubuhan semula JASA dan kerajaan tidak perlu “apologetik” atau mempertahankan Jasa.

“Sememangnya ‘government of the day’ memerlukan beberapa agensi sebagai lidah penyampai dasar dan iniseatif kerajaan. Apa salahnya?

“JASA tidak perlukan peruntukan sebesar RM85.5 juta, kecualilah kalau ada tujuan lain, yang penting adalah keberkesanan. Perdana Menteri kena jawab secara terperinci di Dewan Rakyat. Ikut siling 2018 atau dikurangkan sedikit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Puad mengetuai JASA sejak Mac 2015 hingga April 2018, sebelum ia tutup pada Mei 2018 selepas Pakatan Harapan berkuasa.

Kerajaan Barisan Nasional pernah memperuntukkan RM30 juta kepada JASA menerusi Belanjawan 2018.

Semalam, KKMM berkata, peruntukan RM85.5 juta dalam Belanjawan 2021 kepada JASA untuk pengambilan lebih ramai kakitangan ditempatkan di semua negeri dan daerah di seluruh negara.

Katanya, peruntukan itu akan digunakan bagi pembangunan modul dan latihan kompetensi kakitangan serta melengkapkan keperluan prasarana digital untuk menyebarkan maklumat dalam pelbagai bentuk komunikasi supaya dapat disampaikan secara berkesan kepada semua lapisan masyarakat.

Malah, KKMM turut memaklumkan peruntukan itu secara langsung akan memberi peluang pekerjaan, selain menggiatkan ekonomi yang akan memanfaatkan penyedia perkhidmatan dan pekerja secara keseluruhannya.

Hari ini, Puad mempersoalkan jika kakitangan JASA akan menjadi jentera PPBM di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri kerana menurutnya parti itu sedang berdepan masalah kekurangan cawangan dan ahli di peringkat akar umbi.

“Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah akui peruntukan empat kali ganda itu akan digunakan untuk membangunkan ‘stratcom’ (unit komunikasi strategik) yang kuat.

“Apakah tidak mungkin juga ia akan digunakan oleh PPBM untuk Pilihan Raya Umum ke-15 atau menaja portal politik tertentu?”

Dalam anggaran perbelanjaaan Persekutuan 2021, bagi KKMM yang disiarkan di laman rasmi Kementerian Kewangan menyatakan fungsi JASA untuk membangunkan komuniti sehingga ke peringkat akar umbi melalui komunikasi berkesan antara kerajaan dan rakyat.

Peruntukan pertama sebanyak RM4 juta di bawah belanjawan komunikasi strategi dan RM81.5 juta pula di bawah dasar baru. #sumber



Demikianlah Artikel Peruntukkan RM85.5 Juta Terlalu Banyak Buat JASA, Kerajaan Tidak Sensitif Ketika Covid-19 !

Sekianlah artikel Peruntukkan RM85.5 Juta Terlalu Banyak Buat JASA, Kerajaan Tidak Sensitif Ketika Covid-19 ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Peruntukkan RM85.5 Juta Terlalu Banyak Buat JASA, Kerajaan Tidak Sensitif Ketika Covid-19 ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/11/peruntukkan-rm855-juta-terlalu-banyak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Peruntukkan RM85.5 Juta Terlalu Banyak Buat JASA, Kerajaan Tidak Sensitif Ketika Covid-19 !"

Catat Ulasan

Loading...