Loading...

Royal Pahang Durian Group Nafi Dakwaan Alami Masalah Kewangan

Loading...
Royal Pahang Durian Group Nafi Dakwaan Alami Masalah Kewangan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Royal Pahang Durian Group Nafi Dakwaan Alami Masalah Kewangan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Royal Pahang Durian Group Nafi Dakwaan Alami Masalah Kewangan
link : Royal Pahang Durian Group Nafi Dakwaan Alami Masalah Kewangan

Baca juga


Royal Pahang Durian Group Nafi Dakwaan Alami Masalah Kewangan

 

SHAH ALAM - Royal Pahang Durian Group menafikan syarikat itu kini sedang mengalami masalah kewangan dan berlaku perbezaan pendapat dalam kalangan pemegang saham.

Pengerusinya, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkata, dakwaan itu merupakan satu khabar angin yang tidak benar sebaliknya syarikat itu mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.

Tengku Puteri Iman Afzan berkata, pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung penyebaran berita palsu itu.

"Saya berasa gusar dengan penularan khabar angin melalui platform mesej sosial baru-baru ini yang menyatakan bahawa Royal Pahang Durian Group sedang mengalami masalah kewangan dan terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan pemegang saham.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya penyataan ini dan ia merupakan khabar angin dan tidak benar sama sekali," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tengku Puteri Iman Afzan berkata, syarikat itu komited dengan usaha sama yang dijalinkan dengan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan kerajaan negeri Pahang demi pertumbuhan industri durian negara.

"Bercanggah dengan dakwaan sesetengah pihak, rakan usaha sama kami iaitu PKPP, merupakan sebuah perbadanan milik kerajaan negeri Pahang dan ini menjadikan Royal Pahang Durian Resources (RPDR) PKPP sebuah usahasama dengan kerajaan negeri," katanya.

Untuk rekod senarai Ahli Lembaga Pengarah RPDR PKPP ialah Tengku Puteri Iman Afzan sebagai Pengerusi RPD, Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin (PKPP), Datuk Suhaimi Mohd Yunus (PKPP), Cheah Siew Mun (RPD) dan Mun Yung Kwun (RPD).

Sehubungan itu, Tengku Puteri Iman Afzan berkata, tidak patut ada sebarang keraguan berkaitan kompetensi pihak pengurusan Royal Pahang Durian Group berdasarkan prestasi pengurusan ladang durian mereka di Pahang sejak 2017 yang dijangka membuahkan hasil pada 2022.

"Sebagai tambahan, kilang pemprosesan durian kami akan dibina mengikut peraturan pihak berkuasa tempatan dengan perancangan yang sempurna serta mematuhi piawaian HACCP yang diterima secara global.

"Kami sedang dalam proses mendapatkan kelulusan yang berkaitan dan kerja pembinaan akan dimulakan sebaik mendapat kelulusan. Saya yakin pihak pengurusan akan sentiasa menjalankan tugas mereka secara profesional," katanya.

Terdahulu, RPDP-PKPP sebelum ini diheret dalam kemelut bantahan pekebun durian musang king di Raub selepas kebun durian yang diusahakan secara haram di beberapa kawasan di daerah itu diambil kembali oleh kerajaan negeri dan dipajakkan kepada syarikat tersebut.

Kerajaan negeri Pahang telah melaksanakan operasi pemutihan terhadap tanah kerajaan yang diteroka secara haram untuk tanaman durian oleh pekebun termasuk di kawasan Sungai Ruan dan Sungai Chalit, Raub, Ogos lalu.

Tindakan itu diambil kerana kerajaan negeri dilaporkan mengalami kerugian kira-kira RM30 juta dalam tempoh 10 tahun akibat kehilangan hasil cukai tanah dari kebun haram termasuk di kawasan hutan simpan.

Kerajaan negeri juga sebelum ini dilaporkan telah memberikan hak pajakan tanah seluas kira-kira 2,143 hektar kepada RPDR-PKPP tetapi 30 peratus kawasan yang dipajak itu didakwa telah diceroboh.

RPDP-PKPP menawarkan kontrak untuk skim pengesahan pendudukan tanah kepada pekebun terlibat namun ditolak dan mendakwa syaratnya berat sebelah serta tidak memihak kepada pekebun.

Bagaimanapun dakwaan itu dinafikan pihak syarikat itu. #sumber



Demikianlah Artikel Royal Pahang Durian Group Nafi Dakwaan Alami Masalah Kewangan

Sekianlah artikel Royal Pahang Durian Group Nafi Dakwaan Alami Masalah Kewangan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Royal Pahang Durian Group Nafi Dakwaan Alami Masalah Kewangan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/11/royal-pahang-durian-group-nafi-dakwaan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Royal Pahang Durian Group Nafi Dakwaan Alami Masalah Kewangan"

Catat Ulasan

Loading...