Loading...

Sebanyak '280 Tual Balak' Pelbagai Spesies Di Curi Dari Hutan Simpan Chini Telah Di Rampas

Loading...
Sebanyak '280 Tual Balak' Pelbagai Spesies Di Curi Dari Hutan Simpan Chini Telah Di Rampas - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sebanyak '280 Tual Balak' Pelbagai Spesies Di Curi Dari Hutan Simpan Chini Telah Di Rampas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sebanyak '280 Tual Balak' Pelbagai Spesies Di Curi Dari Hutan Simpan Chini Telah Di Rampas
link : Sebanyak '280 Tual Balak' Pelbagai Spesies Di Curi Dari Hutan Simpan Chini Telah Di Rampas

Baca juga


Sebanyak '280 Tual Balak' Pelbagai Spesies Di Curi Dari Hutan Simpan Chini Telah Di Rampas

 

BERA - Sebanyak 280 tual balak pelbagai spesies yang dicuri dalam kawasan Hutan Simpan Chini di sini dirampas selepas pemeriksaan anggota Unit Tugas Khas Pejabat Hutan Daerah (PHD) Temerloh/Bera di sebuah pusat pengumpulan (matau), di sini kelmarin.

Balak yang dianggarkan bernilai RM112,000 itu ditemui dicampur bersama balak berlesen bagi mengelaburi mata pihak berkuasa.

Pegawai PHD Temerloh/Bera, Azmi Abdul Rahman berkata, seramai 14 anggotanya bertindak melakukan serbuan di kawasan Kompatmen 132 Hutan Simpan Chini kira-kira 10 malam kelmarin selepas menerima aduan.

Menurutnya, pemeriksaan menemui 70 tunggul pokok balak pelbagai spesies berharga termasuk merantai, merawan, kempas dan yang disyaki ditebang secara haram.

"Siasatan mendapati sindiket yang didalangi beberapa individu tempatan itu menceroboh hutan tersebut untuk menebang dan memindahkan balak ke pusat pengumpulan dalam tempoh dua hari sebelum kegiatan mereka dikesan kelmarin.

"Sindiket berkenaan turut menyekat dua laluan utama ke lokasi tersebut dengan meletakkan jentera, membina parit dan membuat halangan dengan timbunan dahan pokok bagi menyekat kemasukan pihak berkuasa," katanya.

Tambah beliau, hasil serbuan itu, pihaknya turut menyita sebuah jentera pengangkat balak, jentolak, jengkaut dan dua lori yang kini ditempatkan di stor penyimpanan barangan kes di Pejabat Ladang Kemasul, Mentakab.

"Usaha mengesan dalang kegiatan ini sedang dilakukan dan mereka bakal didakwa mengikut Akta Perhutanan Negara 1984," katanya.

Tambahnya, PHD sudah mengesan dan mengasingkan balak yang dicuri dengan cara memadankan tunggul pokok di Kompatmen 132 Hutan Simpan Chini.

"Proses ini akan mengambil masa agak lama namun kita tetap berusaha melakukan yang terbaik bagi memastikan kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Sebanyak '280 Tual Balak' Pelbagai Spesies Di Curi Dari Hutan Simpan Chini Telah Di Rampas

Sekianlah artikel Sebanyak '280 Tual Balak' Pelbagai Spesies Di Curi Dari Hutan Simpan Chini Telah Di Rampas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sebanyak '280 Tual Balak' Pelbagai Spesies Di Curi Dari Hutan Simpan Chini Telah Di Rampas dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/11/sebanyak-280-tual-balak-pelbagai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sebanyak '280 Tual Balak' Pelbagai Spesies Di Curi Dari Hutan Simpan Chini Telah Di Rampas"

Catat Ulasan

Loading...