Judul : Seorang Pemuda Di Khuatiri Lemas Terjatuh Ke Dalam Sungai Pahang, Jalan Triang Bera !
link : Seorang Pemuda Di Khuatiri Lemas Terjatuh Ke Dalam Sungai Pahang, Jalan Triang Bera !
Seorang Pemuda Di Khuatiri Lemas Terjatuh Ke Dalam Sungai Pahang, Jalan Triang Bera !
TEMERLOH - Seorang pemuda dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Pahang dekat Kampung Kuala Kujan, Jalan Triang di sini pagi tadi.
Sehingga kini, Loqman Hamka, 20, dari Kampung Kuala Kujan masih belum ditemui selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditangguhkan pada jam 6.30 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, mangsa membantu keluarganya menternak ikan patin sangkar di kawasan terbabit.
Menurutnya, mangsa telah keluar dari rumah pada jam 9.30 pagi tadi dan memberitahu bapanya, Hamka Abu Bakar,61, untuk melihat rawai ikan di tempat kejadian.
"Tidak lama kemudian kawan kepada anaknya memberitahu bot milik mangsa telah hanyut tetapi anaknya tiada dalam bot tersebut," katanya kepada hari ini.
Beliau berkata, operasi pencarian telah dilakukan dengan jarak pencarian ditumpukan dalam lingkungan dua kilometer ke hilir sungai oleh anggota penyelamat terdiri pasukan polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
"Setakat ini mangsa masih belum ditemui selepas SAR ditangguhkan pada jam 6.30 petang tadi berikutan cuaca gelap.
"Operasi akan bersambung dan diteruskan pada jam 8 pagi esok," ujarnya lagi. #sumber
Demikianlah Artikel Seorang Pemuda Di Khuatiri Lemas Terjatuh Ke Dalam Sungai Pahang, Jalan Triang Bera !
Anda sekarang membaca artikel Seorang Pemuda Di Khuatiri Lemas Terjatuh Ke Dalam Sungai Pahang, Jalan Triang Bera ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/11/seorang-pemuda-di-khuatiri-lemas.html

0 Response to "Seorang Pemuda Di Khuatiri Lemas Terjatuh Ke Dalam Sungai Pahang, Jalan Triang Bera !"
Catat Ulasan