Loading...

Seorang Penceramah Bebas Ditahan Oleh Polis Susulan Dakwaan Kes Rogol Pada Tahun Lalu

Loading...
Seorang Penceramah Bebas Ditahan Oleh Polis Susulan Dakwaan Kes Rogol Pada Tahun Lalu - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Seorang Penceramah Bebas Ditahan Oleh Polis Susulan Dakwaan Kes Rogol Pada Tahun Lalu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Seorang Penceramah Bebas Ditahan Oleh Polis Susulan Dakwaan Kes Rogol Pada Tahun Lalu
link : Seorang Penceramah Bebas Ditahan Oleh Polis Susulan Dakwaan Kes Rogol Pada Tahun Lalu

Baca juga


Seorang Penceramah Bebas Ditahan Oleh Polis Susulan Dakwaan Kes Rogol Pada Tahun Lalu

 


SHAH ALAM - Polis menahan seorang penceramah bebas yang juga bekas peserta program realiti pendakwah susulan dakwaan kes rogol, tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, lelaki terbabit ditahan selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada jam 11 malam tadi dan perintah reman akan dibuat di Mahkamah Shah Alam hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

"Penahanan penceramah bebas itu dibuat susulan laporan polis yang dibuat mangsa pada jam 7.18 petang kelmarin.

"Berdasarkan keterangan wanita berusia lingkungan 20-an itu, pada 11 September tahun lalu, dia telah keluar dengan suspek yang baru dikenali di laman sosial Instagram menaiki kereta suspek jenis BMW untuk berbincang mengenai masalah kemurungannya.

"Suspek telah membawa mangsa makan di kedai makan di Shah Alam sebelum dibawa ke rumahnya di Seksyen 7, Shah Alam dengan alasan untuk memberikan penerangan bagaimana boleh keluar dari penyakit kemurungan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun, semasa di rumah itu, mangsa dikatakan telah dirogol.

Katanya, suspek kemudian telah memberi amaran agar merahsiakan kejadian itu sebelum mengsa pulang ke rumahnya di Subang Jaya menaiki kenderaan e-hailing, pada keesokan paginya.

Susulan itu, selang beberapa hari, mangsa telah dimasukkan ke Hospital Kajang kerana mengalami tekanan perasaan yang teruk serta dirujuk ke rawatan psikiatri dan perlu rawatan susulan.

"Pada Oktober tahun lalu, mangsa balik ke rumah keluarga di Triang, Pahang dan telah mendapat rawatan semula di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh. Dia telah ditahan di wad psikiatri selama lima hari. Pihak Hospital Temerloh mengatakan mangsa mengalami tekanan perasaan yang teruk serta trauma akibat daripada kejadian tersebut," katanya.

Tambahnya, mangsa kini juga dilaporkan masih menerima rawatan susulan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.

Terdahulu, tular apabila seorang pemilik akaun Twitter mendakwa pendakwah terbabit merogol rakannya sehingga gadis tersebut mengalami trauma. #sumber



Demikianlah Artikel Seorang Penceramah Bebas Ditahan Oleh Polis Susulan Dakwaan Kes Rogol Pada Tahun Lalu

Sekianlah artikel Seorang Penceramah Bebas Ditahan Oleh Polis Susulan Dakwaan Kes Rogol Pada Tahun Lalu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Seorang Penceramah Bebas Ditahan Oleh Polis Susulan Dakwaan Kes Rogol Pada Tahun Lalu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/11/seorang-penceramah-bebas-ditahan-oleh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Seorang Penceramah Bebas Ditahan Oleh Polis Susulan Dakwaan Kes Rogol Pada Tahun Lalu"

Catat Ulasan

Loading...