Loading...

Seorang Warga Emas Rugi Hampir RM29,550 Diperdaya Dek Lelaki Menyamar 'ASP Mokhtar'

Loading...
Seorang Warga Emas Rugi Hampir RM29,550 Diperdaya Dek Lelaki Menyamar 'ASP Mokhtar' - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Seorang Warga Emas Rugi Hampir RM29,550 Diperdaya Dek Lelaki Menyamar 'ASP Mokhtar', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Seorang Warga Emas Rugi Hampir RM29,550 Diperdaya Dek Lelaki Menyamar 'ASP Mokhtar'
link : Seorang Warga Emas Rugi Hampir RM29,550 Diperdaya Dek Lelaki Menyamar 'ASP Mokhtar'

Baca juga


Seorang Warga Emas Rugi Hampir RM29,550 Diperdaya Dek Lelaki Menyamar 'ASP Mokhtar'

 

KUANTAN - Seorang warga emas kerugian hampir RM29,550 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai posmen Ahad lalu.

Kejadian bermula selepas lelaki berusia 76 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mendakwa dirinya kakitangan Pos Laju dan memaklumkan terdapat satu bungkusan yang tidak dituntut oleh mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, selepas memaklumkan perkara itu, suspek menyambungkan panggilan tersebut kepada pihak yang didakwa sebagai polis.

Menurutnya, mangsa kemudian telah bercakap dengan seorang lelaki yang dikenali 'ASP Mokhtar' yang memberitahu mangsa terlibat dengan jenayah pengubahan wang haram.

"Dalam panggilan itu, suspek bertanyakan mengenai wang simpanan mangsa dan jika tidak memberi kerjasama akaun bank miliknya akan dibekukan.

"Suspek juga menjelaskan wang simpanan milik mangsa perlu dipindahkan ke dalam akaun lain bagi tujuan siasatan dan akan dikembalikan selepas siasatan selesai," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek telah menghubungi pengadu supaya memasukkan semua wang dalam bank miliknya ke dalam akaun yang diberikan dan meminta mangsa merahsiakan perkara itu.

"Oleh kerana takut ditahan polis, mangsa telah membuat pemindahan wang secara tunai di sebuah bank, jam 2.02 petang semalam seperti yang diminta suspek.

"Selepas membuat pemindahan wang itu, mangsa tidak dapat menghubungi suspek dan terus membuat laporan polis," katanya.

Tambahnya, modus operandi yang digunakan suspek ialah memperdaya pengadu dengan menyamar sebagai polis sehingga menyebabkan mangsa mengalami kerugian. #sumber



Demikianlah Artikel Seorang Warga Emas Rugi Hampir RM29,550 Diperdaya Dek Lelaki Menyamar 'ASP Mokhtar'

Sekianlah artikel Seorang Warga Emas Rugi Hampir RM29,550 Diperdaya Dek Lelaki Menyamar 'ASP Mokhtar' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Seorang Warga Emas Rugi Hampir RM29,550 Diperdaya Dek Lelaki Menyamar 'ASP Mokhtar' dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/11/seorang-warga-emas-rugi-hampir-rm29550.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Seorang Warga Emas Rugi Hampir RM29,550 Diperdaya Dek Lelaki Menyamar 'ASP Mokhtar'"

Catat Ulasan

Loading...