Loading...

Seramai 27 Orang Pegawai Imigresen Antara 46 Di Tahan Selepas SPRM Bongkar Sindiket

Loading...
Seramai 27 Orang Pegawai Imigresen Antara 46 Di Tahan Selepas SPRM Bongkar Sindiket - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Seramai 27 Orang Pegawai Imigresen Antara 46 Di Tahan Selepas SPRM Bongkar Sindiket, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Seramai 27 Orang Pegawai Imigresen Antara 46 Di Tahan Selepas SPRM Bongkar Sindiket
link : Seramai 27 Orang Pegawai Imigresen Antara 46 Di Tahan Selepas SPRM Bongkar Sindiket

Baca juga


Seramai 27 Orang Pegawai Imigresen Antara 46 Di Tahan Selepas SPRM Bongkar Sindiket

 


PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melumpuhkan suatu sindiket imigresen dengan penangkapan 46 orang, termasuk 27 pegawai imigresen, kata sumber.

Menurut sumber itu, suspek ditahan di Putrajaya, Selangor, Johor, Sabah, dan Sarawak dalam operasi bersama SPRM dan Jabatan Imigresen, “Ops Selat”.

Selain 27 pegawai imigresen terbabit, 14 ejen pekerja asing dan 5 orang awam yang bertindak sebagai orang tengah ditahan.

Sindiket itu, yang aktif sejak setahun lalu, beroperasi di pintu keluar-masuk utama negara termasuk KLIA, kli2, dan Bangunan Sultan Ismail (BSI) di Johor Bahru.

“Sindiket ini berada bawah radar pemantauan SPRM bermulanya penguatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac 2020,” kata sumber.

“Aktiviti rasuah dalam kalangan anggota sindiket menjadi lebih rancak sepanjang PKP dikuatkuasakan.”

Sindiket ini memberi khidmat kepada majikan yang mahu pekerja asing mereka terus berada di sini atau pulang ke negara asal.

Sumber menjelaskan sindiket itu mempunyai 2 modus operandi.

Pertama, “pasport terbang” bagi mereka yang datang ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial tetapi bekerja secara haram. Ini, katanya, termasuklah mereka yang bekerja di bar dan rumah urut.

“Ejen akan mengumpul pasport pekerja asing dan bayar pegawai imigresen untuk cop pasport mereka bagi menunjukkan yang mereka sudah keluar negar selepas tiga bulan dan masuk semula secara sah. Dengan cara ini mereka boleh berada di sini untuk tiga bulan lagi.

“Hanya paspot sahaja yang sampai di pejabat imigresen tanpa kehadiran pemilik pasport sebagai pengesahan keluar atau masuk sepertimana yang disyaratkan.”

Kedua, kata sumber, ialah “kaunter setting” bagi pendatang asing yang disenarai hitamkan atas kesalahan imigresen.

“Pendatang asing akan pergi ke ‘kaunter setting’ di KLIA dan bayar sehingga RM6,000 untuk dibenarkan keluar negara walaupun disenarai hitam.”

Pengarah Siasatan SPRM, Norazlan Mohd Razali, mengesahakan tangkapan tetapi enggan mengulas lanjut. #sumber



Demikianlah Artikel Seramai 27 Orang Pegawai Imigresen Antara 46 Di Tahan Selepas SPRM Bongkar Sindiket

Sekianlah artikel Seramai 27 Orang Pegawai Imigresen Antara 46 Di Tahan Selepas SPRM Bongkar Sindiket kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Seramai 27 Orang Pegawai Imigresen Antara 46 Di Tahan Selepas SPRM Bongkar Sindiket dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/11/seramai-27-orang-pegawai-imigresen.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Seramai 27 Orang Pegawai Imigresen Antara 46 Di Tahan Selepas SPRM Bongkar Sindiket"

Catat Ulasan

Loading...