Judul : Susulan Kecaman Netizen, Majlis Perbandaran Kuantan Padam Posting FB Lelong Barang Sita
link : Susulan Kecaman Netizen, Majlis Perbandaran Kuantan Padam Posting FB Lelong Barang Sita
Susulan Kecaman Netizen, Majlis Perbandaran Kuantan Padam Posting FB Lelong Barang Sita
KUANTAN - Susulan kecaman daripada netizen atas tindakan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mehu melelong barangan peniaga yang disita, hari ini posting iklan tersebut telah dipadamkan di laman rasmi PBT terbabit.
Tinjauan PDO pagi ini mendapati posting terbabit sudah tiada "content not found'.K lik https://ift.tt/3k7AOos.
Info lanjut sila ke page FB rasmi MPK di https://ift.tt/3n9K39D
Sementara itu netizen terus mengecam tindakan MPK itu. Rata-rata mengganggap sekiranya perkara itu diteruskan, ia mengesahkan bahawa tanggapan orang ramai bahawa MPK adalah "Manusia Paling Kejam" adalah benar selama ini.
Diketika kegawatan ekonomi musim pandemik Covid-19 ini, tindakan seperti itu tidak sepatutnya dilaksanakan. MPK bukan institusi kewangan, dimana tindakan sitaan dilakukan bila mana pemimjam gagal menjelaskan tunggakan dan sebagainya.
Walau pun ada netizen yang membela MPK dengan dakwaan apa yang dilakukan itu samalah dengan tindakan yang dibuat oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang melelong kenderaan yang disita.
Menjawab persoalan itu, seorang netizen menjawab komen terbabit dengan mendakwa situasi keduanya adalah berbeza sama sekali.
"Lawak pulak yang tolong jawab konon barang2 sitaan MPK ni sama mcm JPJ dan Kastam. Beza tu bro.....kenderaan yang disita oleh JPJ dan Kastam tu atas kesalahan identiti pemilik,kenderaan dan kesalahan berulang. Pemilik diberi peluang untuk buktikan kesahihan utk identiti pemilik dan kenderaan seterusnya kenderaan yang disita boleh dituntut semula. So yang dilelong adalah kenderaan2 yang berkait masalah klon,hakmilik tak dituntut,identiti pemilik gagal dibuktikan"
"Baru dilelong selepas dilucuthak oleh mahkamah. Bukan lelong hak orang! So jangan buat perbandingan dengan barang2 sitaan kedai/premis yang MPK sita. Sepatutnya selesai dibayar denda barang2 tu dipulangkan kepada pemilik, bukan dilelong. MPK punya penasihat undang2 cap ayam ka guana? Banyak sangat berlaku salahlaku dan prosedur dalam tindakan MPK ni. Minta SPRM bersihkan balik. Penasihat Undang2 MPK perlu peka soal ni. Mohon MENTERI BESAR check balik. Sejak YDP baru ni pegang mcm2 tindakan dilihat menekan rakyat" komen Ppj Hairiel.
Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah perkembangan terkini isu "lelong barang sita" ini. Ternyata majoriti netizen warga Kuantan tidak bersetuju dengan tindakan yang dilihat popular ini.
Difahamkan berdasarkan iklan lelongan yang disebarkan, ia akan dijalankan esok, Isnin 9 November jam 10.00 pagi, aras bawah Terminal Sentral Kuantan (TSK)#pahangdaily
Demikianlah Artikel Susulan Kecaman Netizen, Majlis Perbandaran Kuantan Padam Posting FB Lelong Barang Sita
Anda sekarang membaca artikel Susulan Kecaman Netizen, Majlis Perbandaran Kuantan Padam Posting FB Lelong Barang Sita dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/11/susulan-kecaman-netizen-majlis.html
0 Response to "Susulan Kecaman Netizen, Majlis Perbandaran Kuantan Padam Posting FB Lelong Barang Sita"
Catat Ulasan