Loading...

Tun Dr Mahathir Dakwa Rakyat Bosan Dengan Politik Kepartian Yang Memecahbelah Negara

Loading...
Tun Dr Mahathir Dakwa Rakyat Bosan Dengan Politik Kepartian Yang Memecahbelah Negara - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tun Dr Mahathir Dakwa Rakyat Bosan Dengan Politik Kepartian Yang Memecahbelah Negara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tun Dr Mahathir Dakwa Rakyat Bosan Dengan Politik Kepartian Yang Memecahbelah Negara
link : Tun Dr Mahathir Dakwa Rakyat Bosan Dengan Politik Kepartian Yang Memecahbelah Negara

Baca juga


Tun Dr Mahathir Dakwa Rakyat Bosan Dengan Politik Kepartian Yang Memecahbelah Negara

 


KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad percaya kerajaan perpaduan ialah masa depan Malaysia kerana rakyat semakin muak dengan permainan politik ketika penularan Covid-19.

Bekas Perdana Menteri itu dipetik The Malaysian Insight sebagai berkata, rakyat bosan dengan politik kepartian yang memecahbelahkan negara serta memburukkan lagi masalah yang dibawakan pandemik.

“Ini satu pendekatan yang baik. Ada masanya rakyat juga sudah bosan dengan politik parti. Ada kebaikan jika kita ada kerajaan nasional yang tidak mengutamakan politik parti.

“Saya masih berpendapat pada waktu ini, kalau kita mahu kurangkan politik, kita ketepikan parti, kita utamakan negara,” katanya kepada portal berita itu.

Beliau membidas kerajaan Perikatan Nasional (PN) memfokuskan politik dan mengutamakan kedudukannya, dengan memberi contoh Pilihan Raya Negeri di Sabah yang berpunca daripada beberapa ADUN Pakatan Harapan (PH) menyokong Tan Sri Musa Aman dalam usaha membentuk kerajaan negeri baru.

Pengerusi Pejuang itu berkata, tiada keperluan untuk PN cuba merampas kuasa di Sabah kerana ia tidak mendatangkan impak positif ke atas ekonomi, sebaliknya membawa kesan buruk.

“Kalau dahulu kita sudah kurangkan jumlah pesakit baru sehingga tinggal satu saja di seluruh negara, tetapi sekarang ini sudah naik sampai 1,200 kes sehari…sebabnya kerana kita pergi di Sabah dan melanggar SOP.”

Cadangan untuk kerajaan perpaduan julung kali dibangkitkan Tun Mahathir semasa beliau menjadi perdana menteri sementara Februari lalu, ketika kemelut politik tercetus susulan kejatuhan kerajaan PH.

Cakap-cakap mengenai cadangan kerajaan perpaduan timbul sekali lagi akhir bulan lalu selepas Mahathir menemui ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, serta seorang menteri persekutuan.

Sumber memberitahu, Tun Mahathir menemui Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu secara berasingan.

Sementara itu, sebagai tindak balas kepada permainan politik dalam negara ini, khasnya dalam beberapa tahun ini, Malaysian Action for Justice and Unity (MAJU) dan NGO lain menubuhkan Gerak Independent, bertujuan menggalakkan calon bebas bertanding pada pilihan raya akan datang.

Antara tokoh yang mewakili Gerak Independent adalah bekas ahli Parlimen UMNO, Tawfik Ismail, yang berkata sudah sampai masanya untuk negara menyingkirkan politik kepartian dan panglima politik. #sumber



Demikianlah Artikel Tun Dr Mahathir Dakwa Rakyat Bosan Dengan Politik Kepartian Yang Memecahbelah Negara

Sekianlah artikel Tun Dr Mahathir Dakwa Rakyat Bosan Dengan Politik Kepartian Yang Memecahbelah Negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tun Dr Mahathir Dakwa Rakyat Bosan Dengan Politik Kepartian Yang Memecahbelah Negara dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/11/tun-dr-mahathir-dakwa-rakyat-bosan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tun Dr Mahathir Dakwa Rakyat Bosan Dengan Politik Kepartian Yang Memecahbelah Negara"

Catat Ulasan

Loading...