Loading...

Ustaz Masrizi: PEMBELA Pejuang Fisabilillah, Bukan Mahu Jatuh Atau Burukkan Kerajaan !

Loading...
Ustaz Masrizi: PEMBELA Pejuang Fisabilillah, Bukan Mahu Jatuh Atau Burukkan Kerajaan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ustaz Masrizi: PEMBELA Pejuang Fisabilillah, Bukan Mahu Jatuh Atau Burukkan Kerajaan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ustaz Masrizi: PEMBELA Pejuang Fisabilillah, Bukan Mahu Jatuh Atau Burukkan Kerajaan !
link : Ustaz Masrizi: PEMBELA Pejuang Fisabilillah, Bukan Mahu Jatuh Atau Burukkan Kerajaan !

Baca juga


Ustaz Masrizi: PEMBELA Pejuang Fisabilillah, Bukan Mahu Jatuh Atau Burukkan Kerajaan !

 


BANGI - Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) tidak menafikan terdapat segelintir pihak berkepentingan ‘sakit hati’ dengan usaha gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu turun padang bagi menangani isu pencerobohan tanah dan hutan di Pahang.

Pihak terbabit didakwa cuba mewujudkan salah faham kepada masyarakat serta pemimpin kononnya PEMBELA seolah-olah membuat gerakan untuk menjatuhkan dan memburukkan nama baik kerajaan negeri.

Ketika dihubungi Ismaweb.net, Naib Pengerusi PEMBELA, Ustaz Masrizi Sat menegaskan fitnah liar sebegitu adalah tidak benar sama sekali.

Tegasnya, gabungan NGO PEMBELA merupakan pejuang-pejuang fisabilillah untuk memperjuangkan kedaulatan dan kebajikan agama, bangsa serta tanah air.

“Dalam memo yang diserahkan kepada wakil MB juga telah dijelaskan kita bersama dan membantu kerajaan negeri Pahang walaupun dari sudut pendekatan yang berbeza.

“Perkara ini juga telah dijelaskan lagi kepada wakil MB – Datuk Tajul Razi Abdul Aziz – yang menerima memo semalam dan juga dalam kenyataan media yang dibuat,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, Ustaz Masrizi berkata, PEMBELA hanya menunaikan tanggungjawab menyampaikan suara rakyat marhaen melalui gabungan ratusan NGO Islam.

Jelasnya, ini kerana mereka bimbang dengan kecuaian pemimpin, kegagalan tindakan penguatkuasaan Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga ratusan ribu ekar tanah telah diceroboh.

“…namun masih lemah tindakan undang-undang kepada penceroboh, ‘double standard’ dan program pemutihan dilihat masih gagal,” katanya.

Terdahulu, PEMBELA menyerahkan memorandum bantahan rakyat berhubung isu pencerobohan tanah dan hutan di negeri Pahang kepada Pejabat Menteri Besar.

Memorandum sama turut diserahkan kepada Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri serta Jabatan Perhutanan Pahang.

Memorandum itu mengandungi tujuh tuntutan secara asasnya mendesak kerajaan negeri bersama-sama SPRM, serta Jabatan Perhutanan Pahang bertindak tegas tanpa kompromi dan tidak ‘double standard’ kepada pengkhianat serta penceroboh tanah kerajaan.

Bagaimanapun Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya meluahkan rasa terkilan kerana ada ‘sekatan-sekatan’ yang perlu dilalui sebelum dapat masuk ke Pejabat Menteri Besar meskipun sudah dimaklumkan kehadiran mereka. #sumber



Demikianlah Artikel Ustaz Masrizi: PEMBELA Pejuang Fisabilillah, Bukan Mahu Jatuh Atau Burukkan Kerajaan !

Sekianlah artikel Ustaz Masrizi: PEMBELA Pejuang Fisabilillah, Bukan Mahu Jatuh Atau Burukkan Kerajaan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ustaz Masrizi: PEMBELA Pejuang Fisabilillah, Bukan Mahu Jatuh Atau Burukkan Kerajaan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/11/ustaz-masrizi-pembela-pejuang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ustaz Masrizi: PEMBELA Pejuang Fisabilillah, Bukan Mahu Jatuh Atau Burukkan Kerajaan !"

Catat Ulasan

Loading...