Loading...

ADUN DAP Perak Tak Dapat Lupakan ‘Sejarah Hitam’, Gesa Parti Tolak Calon Dari MB UMNO

Loading...
ADUN DAP Perak Tak Dapat Lupakan ‘Sejarah Hitam’, Gesa Parti Tolak Calon Dari MB UMNO - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ADUN DAP Perak Tak Dapat Lupakan ‘Sejarah Hitam’, Gesa Parti Tolak Calon Dari MB UMNO, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ADUN DAP Perak Tak Dapat Lupakan ‘Sejarah Hitam’, Gesa Parti Tolak Calon Dari MB UMNO
link : ADUN DAP Perak Tak Dapat Lupakan ‘Sejarah Hitam’, Gesa Parti Tolak Calon Dari MB UMNO

Baca juga


ADUN DAP Perak Tak Dapat Lupakan ‘Sejarah Hitam’, Gesa Parti Tolak Calon Dari MB UMNO

IPOH: Seorang ADUN DAP Perak hari ini bertindak berlawanan dengan Pengerusi negerinya, Nga Kor Ming yang menyuarakan kesediaan bekerjasama dengan UMNO untuk menubuhkan kerajaan negeri baru.

ADUN Pokok Assam, Leow Thuye Yih berkata, beliau menolak kerjasama dengan UMNO dan tidak akan menyokong calon Menteri Besar daripada parti itu.

“Saya berharap dan menyeru rakan seperjuangan DAP, khasnya ADUN DAP Perak menyokong pendirian saya dan seterusnya menolak mana-mana calon daripada UMNO sebagai Menteri Besar Perak berikut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Leow berkata, beliau menyertai DAP kerana mendakwa Barisan Nasional yang diketuai UMNO menumbangkan kerajaan Perak pimpinan Pakatan Rakyat pada 2009.

“Peristiwa tersebut merupakan sejarah hitam yang tidak dapat dilupakan saya.

“Negara kita telah mencipta sejarah dalam pilihan raya umum ke-14 pada 2018, di mana atas sokongan padu rakyat, PH telah menumbangkan kerajaan BN dan buat kali pertamanya membentuk kerajaan pusat dan beberapa kerajaan negeri.”

Bagaimanapun, beliau mendakwa UMNO sekali lagi menjatuhkan kerajaan Perak dan beberapa kerajaan negeri ditadbir PH yang disifatkannya tindakan “jelas menderhaka” mandat rakyat.

“Kedua-dua peristiwa tersebut mengingatkan diri saya bahawa saya tidak akan menyokong mana-mana calon daripada UMNO sebagai Menteri Besar Perak berikutnya.”

Selain Nga, pemimpin PH Perak yang lain, termasuk Pengerusi Amanah negeri, Asmuni Awi dan Ketua PKR negeri, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak turut menyuarakan kesediaan mereka bekerjasama dengan UMNO..

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyuarakan kemungkinan untuk menubuhkan gabungan dengan parti lain bagi membentuk kerajaan Perak yang baru. selepas sekutunya, PPBM serta PAS kecewa dengan tindakan UMNO tidak menyokong Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga Timbalan Presiden PPBM di DUN Jumaat lalu. #sumber



Demikianlah Artikel ADUN DAP Perak Tak Dapat Lupakan ‘Sejarah Hitam’, Gesa Parti Tolak Calon Dari MB UMNO

Sekianlah artikel ADUN DAP Perak Tak Dapat Lupakan ‘Sejarah Hitam’, Gesa Parti Tolak Calon Dari MB UMNO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ADUN DAP Perak Tak Dapat Lupakan ‘Sejarah Hitam’, Gesa Parti Tolak Calon Dari MB UMNO dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/adun-dap-perak-tak-dapat-lupakan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "ADUN DAP Perak Tak Dapat Lupakan ‘Sejarah Hitam’, Gesa Parti Tolak Calon Dari MB UMNO"

Catat Ulasan

Loading...