Judul : Ahli Parlimen Paya Besar Nafi Tandatangan SD, Sokong Anwar Menjadi Perdana Menteri
link : Ahli Parlimen Paya Besar Nafi Tandatangan SD, Sokong Anwar Menjadi Perdana Menteri
Ahli Parlimen Paya Besar Nafi Tandatangan SD, Sokong Anwar Menjadi Perdana Menteri
KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah, menafikan ada menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Ahli Parlimen UMNO Paya Besar itu menegaskan, beliau sentiasa berpegang kepada keputusan parti iaitu 'No DAP, No Anwar'.
"Desas-desus mengatakan saya menyokong Anwar dan DAP. Saya ingin tegaskan buat kesekian kalinya, saya sentiasa berpegang kepada keputusan UMNO iaitu 'No Anwar, No DAP.
"Sebagai ahli UMNO dan ahli Parlimen mewakili UMNO, apa juga keputusan UMNO akan saya pertahankan demi agama, bangsa dan negara.
"Saya juga kekal menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dalam memastikan negara terus stabil dan kebajikan rakyat Malaysia terus terpelihara. NO Anwar, NO DAP," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut laporan sebuah portal berita, Mohd Shahar disenaraikan antara 10 Ahli Parlimen UMNO yang didakwa menandatangani SD menyokong Anwar untuk dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan.
Sembilan lagi Ahli Parlimen UMNO yang didakwa menandatangani SD terbabit ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk), Datuk Seri Najib Razak (Pekan), Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Padang Rengas), Datuk Seri Bung Moktar Radin (Kinabatangan) dan Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian).
Turut didakwa menandatangani SD itu adalah Datuk Mohamad Alamin (Kimanis), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak), Datuk Mohd Nizar Zakaria (Parit) dan Datuk Ahmad Jazlan (Machang).
Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, sekadar menjawab tidak tahu ketika ditanya berhubung laporan terbaru kononnya Anwar memiliki sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kapar, berkata tidak mempunyai maklumat kononnya ada 10 Ahli Parlimen UMNO menandatangani SD menyokong Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri.
"Benar saya tidak tahu. Saya tidak mendapat apa-apa maklumat (mengenai sokongan Ahli Parlimen UMNO)," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Ahli Parlimen Paya Besar Nafi Tandatangan SD, Sokong Anwar Menjadi Perdana Menteri
Anda sekarang membaca artikel Ahli Parlimen Paya Besar Nafi Tandatangan SD, Sokong Anwar Menjadi Perdana Menteri dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/ahli-parlimen-paya-besar-nafi.html
0 Response to "Ahli Parlimen Paya Besar Nafi Tandatangan SD, Sokong Anwar Menjadi Perdana Menteri"
Catat Ulasan