Judul : Bersatu Pahang Menyokong Penuh Kepimpinan Timbalan Presiden Parti, Ahmad Faizal Azumu !
link : Bersatu Pahang Menyokong Penuh Kepimpinan Timbalan Presiden Parti, Ahmad Faizal Azumu !
Bersatu Pahang Menyokong Penuh Kepimpinan Timbalan Presiden Parti, Ahmad Faizal Azumu !
KUANTAN - Pimpinan dan ahli akar umbi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Pahang menyokong penuh kepimpinan Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Perkara itu dinyatakan pada satu kenyataan media rasmi yang dikeluarkan oleh Mohd Yazid Mohd Yunus, Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) baru-baru ini.
Menurut Mohd Yazid, penyatuan ummah yang diwar-warkan diantara parti bumiputera Islam nampaknya seperti satu mainan politik semata-mata, walhal rakyat diluar sana tidak sabar melihat 'penyatuan' yang kuat itu.
"Dalam keadaan suasana politik yang tidak stabil, Bersatu Pahang melihat PAS adalah sahabat yang jujur dan ikhlas untuk mewujudkan penyatuan ummah.
"Perkara yang berlaku di Perak seharusnya tidak mungkin berlaku, memandangkan rakyat menghadapi saat kesusahan pada waktu ini.
"Di mana pada waktu ini, rakyat memerlukan bantuan, tapi kini seolah-olah wakil rakyat bukan lagi mewakili rakyat namun asyik dengan agenda politik masing-masing yang tidak berkesudahan," kata Mohd Yazid.
"Kami berbangga dengan contoh yang ditunjukkan oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sejak beliau menggalas tugas sebagai Perdana Menteri Malaysia.
"Fokus beliau hanya untuk menjaga kepentingan rakyat, dan membaik pulih ekonomi negara semata-mata," kata kenyataan beliau itu. #PahangDaily
Demikianlah Artikel Bersatu Pahang Menyokong Penuh Kepimpinan Timbalan Presiden Parti, Ahmad Faizal Azumu !
Anda sekarang membaca artikel Bersatu Pahang Menyokong Penuh Kepimpinan Timbalan Presiden Parti, Ahmad Faizal Azumu ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/bersatu-pahang-menyokong-penuh.html
0 Response to "Bersatu Pahang Menyokong Penuh Kepimpinan Timbalan Presiden Parti, Ahmad Faizal Azumu !"
Catat Ulasan