Loading...

Bincang Dasar Kerajaan Dan Kukuh Kerjasama, Kerajaan PN Setuju Tubuhkan Majlis Presiden !

Loading...
Bincang Dasar Kerajaan Dan Kukuh Kerjasama, Kerajaan PN Setuju Tubuhkan Majlis Presiden ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bincang Dasar Kerajaan Dan Kukuh Kerjasama, Kerajaan PN Setuju Tubuhkan Majlis Presiden !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bincang Dasar Kerajaan Dan Kukuh Kerjasama, Kerajaan PN Setuju Tubuhkan Majlis Presiden !
link : Bincang Dasar Kerajaan Dan Kukuh Kerjasama, Kerajaan PN Setuju Tubuhkan Majlis Presiden !

Baca juga


Bincang Dasar Kerajaan Dan Kukuh Kerjasama, Kerajaan PN Setuju Tubuhkan Majlis Presiden !

 

KUALA LUMPUR -  Semua parti dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersetuju sebulat suara menubuhkan Majlis Presiden yang akan dianggotai oleh ketua parti masing-masing sebagai platform membincangkan dasar kerajaan dan mengukuhkan kerjasama antara parti.

Sekretariat Setiausaha Agung Parti-Parti Dalam Kerajaan PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata perkara itu dipersetujui oleh semua ketua parti dalam mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

"Bagi menyelaraskan Majlis Presiden terbabit, satu sekretariat yang dianggotai oleh semua Setiausaha Agung parti-parti dalam kerajaan PN ditubuhkan.

"Pada mesyuarat itu parti-parti dalam kerajaan PN turut membincangkan pembentukan sebuah kerjasama politik yang kukuh bagi mewujudkan kestabilan politik demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara," katanya dalam satu kenyataan.

Ketua parti yang hadir pada mesyuarat itu adalah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili.

Yang turut hadir mewakili ketua parti yang lain adalah Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; Timbalan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Joseph Salang Gandum; Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Arthur Joseph Kurup; Timbalan Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP), Edward Dagul; Naib Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Paul Igai; Setiausaha Agung MIC, Datuk M Asojan dan Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Guan Dee Koh Hoi. #sumber



Demikianlah Artikel Bincang Dasar Kerajaan Dan Kukuh Kerjasama, Kerajaan PN Setuju Tubuhkan Majlis Presiden !

Sekianlah artikel Bincang Dasar Kerajaan Dan Kukuh Kerjasama, Kerajaan PN Setuju Tubuhkan Majlis Presiden ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bincang Dasar Kerajaan Dan Kukuh Kerjasama, Kerajaan PN Setuju Tubuhkan Majlis Presiden ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/bincang-dasar-kerajaan-dan-kukuh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bincang Dasar Kerajaan Dan Kukuh Kerjasama, Kerajaan PN Setuju Tubuhkan Majlis Presiden !"

Catat Ulasan

Loading...