Judul : Covid-19: Sebanyak 1,229 Kes Positif Baharu Dengan Empat Kematian Di Rekodkan Hari Ini
link : Covid-19: Sebanyak 1,229 Kes Positif Baharu Dengan Empat Kematian Di Rekodkan Hari Ini
Covid-19: Sebanyak 1,229 Kes Positif Baharu Dengan Empat Kematian Di Rekodkan Hari Ini
PUTRAJAYA - Sebanyak 1,229 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dan Selangor kekal mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 435 kes atau 35.4 peratus daripada keseluruhan kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 83,475 kes dengan jumlah kes aktif dan kebolehjangkitan, 13,667 kes.
Daripada jumlah kes yang direkodkan, beliau berkata, Selangor mencatatkan sebanyak 344 kes bersamaan 79.1 peratus daripada kluster sedia ada dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang giat dijalankan di lapangan.
"Dua negeri lain yang mencatatkan kes tinggi hari ini ialah Sabah dengan 333 kes (27.1 peratus daripada keseluruhan kes) serta Kuala Lumpur iaitu
131 kes (10.7 peratus)," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan sehingga jam 12 tengah hari ini, sebanyak terdapat 1,309 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih COVID-19 di negara ini sebanyak 69,393 kes atau 83.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. #sumber
Demikianlah Artikel Covid-19: Sebanyak 1,229 Kes Positif Baharu Dengan Empat Kematian Di Rekodkan Hari Ini
Anda sekarang membaca artikel Covid-19: Sebanyak 1,229 Kes Positif Baharu Dengan Empat Kematian Di Rekodkan Hari Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/covid-19-sebanyak-1229-kes-positif.html
0 Response to "Covid-19: Sebanyak 1,229 Kes Positif Baharu Dengan Empat Kematian Di Rekodkan Hari Ini"
Catat Ulasan