Loading...

Covid-19: Sebanyak 2,018 Kes Positif Baharu Dengan Satu Kematian Di Rekodkan Hari Ini !

Loading...
Covid-19: Sebanyak 2,018 Kes Positif Baharu Dengan Satu Kematian Di Rekodkan Hari Ini ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Covid-19: Sebanyak 2,018 Kes Positif Baharu Dengan Satu Kematian Di Rekodkan Hari Ini !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Covid-19: Sebanyak 2,018 Kes Positif Baharu Dengan Satu Kematian Di Rekodkan Hari Ini !
link : Covid-19: Sebanyak 2,018 Kes Positif Baharu Dengan Satu Kematian Di Rekodkan Hari Ini !

Baca juga


Covid-19: Sebanyak 2,018 Kes Positif Baharu Dengan Satu Kematian Di Rekodkan Hari Ini !

 


PUTRAJAYA -- Negara merekodkan kes harian baharu ketiga tertinggi sepanjang pandemik COVID-19 melanda Malaysia, iaitu sebanyak 2,018 kes dengan satu kematian, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata ia menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara kini mencecah 95,327 kes dengan jumlah kes aktif kebolehjangkitan adalah 16,496 kes, manakala jumlah maut akibat pandemik itu setakat ini ialah 438 orang.

"Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat tujuh kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,011 kes,"  katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

Beliau berkata Selangor masih melaporkan kes harian paling tinggi iaitu sebanyak 1,204 kes dengan 1,115 kes adalah daripada kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan, diikuti Johor (278 kes) dan Sabah (247 kes).

Sementara itu, menurutnya, jumlah sembuh adalah 1,084 kes menjadikan jumlah kumulatif sembuh sebanyak 78,393 kes dan sehingga kini terdapat 109 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 55 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Memperincikan pecahan kes mengikut negeri, Dr Noor Hisham berkata selain Selangor, Johor dan Sabah yang mencatat kes yang tinggi, Kuala Lumpur pula mencatat 127 kes; Negeri Sembilan (58); Labuan (29); Perak (21); Pulau Pinang (18); Pahang (12); dan Melaka (sembilan).

Selain itu, Kelantan mencatat enam kes, Putrajaya (lima), manakala Kedah (tiga) sementara Terengganu (satu).

Beliau turut memaklumkan, kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Sungai Putus dengan 507 kes, Kluster Tembok Gajah (234 kes) dan Kluster Pekapuri (202 kes).

Satu-satunya kes kematian hari ini melibatkan seorang lelaki bukan warganegara yang berumur 50 tahun dan meninggal dunia di Hospital Tuaran, Sabah. #sumber



Demikianlah Artikel Covid-19: Sebanyak 2,018 Kes Positif Baharu Dengan Satu Kematian Di Rekodkan Hari Ini !

Sekianlah artikel Covid-19: Sebanyak 2,018 Kes Positif Baharu Dengan Satu Kematian Di Rekodkan Hari Ini ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Covid-19: Sebanyak 2,018 Kes Positif Baharu Dengan Satu Kematian Di Rekodkan Hari Ini ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/covid-19-sebanyak-2018-kes-positif.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Covid-19: Sebanyak 2,018 Kes Positif Baharu Dengan Satu Kematian Di Rekodkan Hari Ini !"

Catat Ulasan

Loading...