Loading...

Covid-19: Sebanyak 2,525 Kes Positif Baharu Dengan Lapan Kematian Di Rekodkan Hari Ini

Loading...
Covid-19: Sebanyak 2,525 Kes Positif Baharu Dengan Lapan Kematian Di Rekodkan Hari Ini - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Covid-19: Sebanyak 2,525 Kes Positif Baharu Dengan Lapan Kematian Di Rekodkan Hari Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Covid-19: Sebanyak 2,525 Kes Positif Baharu Dengan Lapan Kematian Di Rekodkan Hari Ini
link : Covid-19: Sebanyak 2,525 Kes Positif Baharu Dengan Lapan Kematian Di Rekodkan Hari Ini

Baca juga


Covid-19: Sebanyak 2,525 Kes Positif Baharu Dengan Lapan Kematian Di Rekodkan Hari Ini

 


KUALA LUMPUR  -- Khabar duka menutup hari terakhir tahun 2020 apabila kes baharu COVID-19 mencatat jumlah tertinggi, iaitu 2,525 kes sejak setahun pandemik itu melanda negara.

Lebih  mendukacitakan lapan nyawa lagi diragut virus tanpa sempadan ini, menjadikan jumlah maut setakat ini seramai 471 orang.

Dengan perkembangan terbaharu ini, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kes positif di Malaysia mencecah 113,010 kes, dengan jumlah kes aktif pula adalah 23,598 kes.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,205 kes, daripada jumlah itu sebanyak 995 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 299 kes dan Melaka sebanyak 239 kes,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Selain itu beliau turut memaklumkan terdapat sebanyak 1,481 kes sembuh, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 88,941 kes.

Setakat ini terdapat 131 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU)  dengan 60 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Memperincikan kes mengikut negeri, selain Selangor, Sabah dan Melaka, Kuala Lumpur mencatat 222 kes, Johor (194), Pulau Pinang (92), Negeri Sembilan (78) Labuan (63) Kelantan (37), Perak (33), Kedah (24), Terengganu (17) Pahang (15), Putrajaya (5) dan Sarawak 2 kes.

Manakala bagi kes kematian ia melibatkan lima lelaki dan tiga wanita warganegara yang berusia 39 hingga 79 tahun di Johor, Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan dan Kedah. #sumber



Demikianlah Artikel Covid-19: Sebanyak 2,525 Kes Positif Baharu Dengan Lapan Kematian Di Rekodkan Hari Ini

Sekianlah artikel Covid-19: Sebanyak 2,525 Kes Positif Baharu Dengan Lapan Kematian Di Rekodkan Hari Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Covid-19: Sebanyak 2,525 Kes Positif Baharu Dengan Lapan Kematian Di Rekodkan Hari Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/covid-19-sebanyak-2525-kes-positif.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Covid-19: Sebanyak 2,525 Kes Positif Baharu Dengan Lapan Kematian Di Rekodkan Hari Ini"

Catat Ulasan

Loading...