Loading...

Guru Sambut Hari Lahir Bersama Pendakwah Selebriti Pula Dakwa Dia Jadi Mangsa Rogol !

Loading...
Guru Sambut Hari Lahir Bersama Pendakwah Selebriti Pula Dakwa Dia Jadi Mangsa Rogol ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guru Sambut Hari Lahir Bersama Pendakwah Selebriti Pula Dakwa Dia Jadi Mangsa Rogol !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guru Sambut Hari Lahir Bersama Pendakwah Selebriti Pula Dakwa Dia Jadi Mangsa Rogol !
link : Guru Sambut Hari Lahir Bersama Pendakwah Selebriti Pula Dakwa Dia Jadi Mangsa Rogol !

Baca juga


Guru Sambut Hari Lahir Bersama Pendakwah Selebriti Pula Dakwa Dia Jadi Mangsa Rogol !

 


PETALING JAYA – Nampaknya bilangan laporan polis mereka yang kononnya menjadi mangsa rogol pendakwah selebriti yang ditahan sebelum ini semakin meningkat.

Dalam perkembangan terbaharu, kes cabul dan rogol membabitkan seorang pendakwah muda – seorang guru sekolah pula mendakwa dirinya menjadi mangsa rogol suspek yang kini direman untuk kes baharu siasatan rogol oleh polis di Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, polis menerima laporan semalam sekitar jam 6.28 petang daripada wanita tempatan berusia 22 tahun.

“Mangsa adalah seorang guru sekolah di sebuah sekolah di kawasan Lembah Klang mendakwa dirinya telah dirogol oleh public figure (pendakwah muda) warga tempatan berusia 25 tahun.

“Menurut laporan polis mangsa, insiden itu menimpanya pada 22 Oktober lalu sekitar jam 9. 00 malam yang mana suspek public figure itu mengajak mangsa keluar bersamanya menyambut hari kelahirannya di sebuah restoran di Petaling Jaya.

“Selepas selesai makan malam, suspek telah mengajak mangsa ke rumahnya di Damansara Perdana. Pada mulanya mangsa enggan mengikut tetapi didakwa telah dipujuk rayu dan dipaksa oleh suspek menyebabkan mangsa akur pergi ke rumah suspek,” kata Nik Ezanee dalam kenyataan terbaharu kes tersebut hari ini.

Tambah beliau, semasa di rumah suspek, mangsa telah dirogol dan pada keesokan harinya suspek telah menghantar mangsa balik ke rumahnya.

Malah katanya, mangsa turut diugut suspek untuk tidak menceritakan tentang kejadian yang berlaku sehingga menyebabkan mangsa mengalami tekanan perasaan dan trauma.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan kertas siasatan telah dibuka untuk siastaan mendalam.

“Setakat ini di daerah ini terdapat dua laporan polis yang telah dibuat oleh mangsa berlainan terhadap pendakwah muda selebriti yang sama.

“Laporan pertama pada 29 November 2020 yang disiasat dibawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan 354 Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan luar tabii secara paksaan tanpa rela dan laporan kedua pada 30 November lalu disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” tegasnya. #sumber



Demikianlah Artikel Guru Sambut Hari Lahir Bersama Pendakwah Selebriti Pula Dakwa Dia Jadi Mangsa Rogol !

Sekianlah artikel Guru Sambut Hari Lahir Bersama Pendakwah Selebriti Pula Dakwa Dia Jadi Mangsa Rogol ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guru Sambut Hari Lahir Bersama Pendakwah Selebriti Pula Dakwa Dia Jadi Mangsa Rogol ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/guru-sambut-hari-lahir-bersama.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Guru Sambut Hari Lahir Bersama Pendakwah Selebriti Pula Dakwa Dia Jadi Mangsa Rogol !"

Catat Ulasan

Loading...