Loading...

Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Perlu Di Lihat Secara "Menyeluruh" Dengan Pandangan Baharu, Realistik, Rasional Serta Matang

Loading...
Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Perlu Di Lihat Secara "Menyeluruh" Dengan Pandangan Baharu, Realistik, Rasional Serta Matang - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Perlu Di Lihat Secara "Menyeluruh" Dengan Pandangan Baharu, Realistik, Rasional Serta Matang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Perlu Di Lihat Secara "Menyeluruh" Dengan Pandangan Baharu, Realistik, Rasional Serta Matang
link : Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Perlu Di Lihat Secara "Menyeluruh" Dengan Pandangan Baharu, Realistik, Rasional Serta Matang

Baca juga


Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Perlu Di Lihat Secara "Menyeluruh" Dengan Pandangan Baharu, Realistik, Rasional Serta Matang

 


KUALA LUMPUR -- Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) perlu dilihat secara sarwa atau menyeluruh dengan pandangan yang baharu, realistik, rasional dan matang, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Sehubungan itu, beliau berkata semua pihak perlu membangunkan pemikiran baharu berkaitan komunikasi dua hala di antara kerajaan dan rakyat, khususnya di peringkat akar umbi, bersesuaian dengan kepentingan, cabaran dan keperluan baharu.

“Saya berharap kita boleh ‘reset’ pemikiran kita tentang J-KOM ini. Saya tidak berhasrat mengatakan kita boleh selesaikan semua perbezaan pendapat tentang jabatan ini, (tetapi) hakikatnya ini ialah J-KOM, bukan Jasa (Jabatan Hal Ehwal Khas),” katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di Dewan Negara hari ini.

Dalam pada itu, Saifuddin sekali lagi menjelaskan tugas utama J-KOM ketika ini ialah melaksanakan Komunikasi Strategi Pembudayaan Normal Baharu (Pandemik COVID-19).

Sehubungan itu, beliau berkata fungsi J-KOM tidak bersifat bertindan dengan agensi di kementerian lain dari segi kumpulan sasaran, pendekatan program dan aktiviti.

“J-KOM juga akan mengambil kira ruang penjimatan dalam Belanjawan 2021 yang diperuntukkan. Ini kerana struktur J-KOM akan ditempatkan di daerah di seluruh negara berbanding struktur Jasa yang dahulunya berada di seluruh kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri,” katanya.

Mengenai perkhidmatan Internet dan jalur lebar, Saifuddin berkata peruntukan RM500 juta menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dalam Belanjawan 2021 ialah bagi penyediaan liputan jalur lebar yang berteraskan gentian optik.

Beliau berkata penggunaan teknologi very small aperture terminal (VSAT) tidak termasuk dalam skop projek itu.

“Teknologi digunakan ialah infrastruktur gentian optik yang akan membekalkan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi talian tetap dengan capaian minimum pada kelajuan 100 megabait per saat (Mbps) hingga mencecah 1 gigabait (GB) mengikut permintaan pelanggan,” katanya.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata kementerian sentiasa merancakkan hebahan informasi bantuan kerajaan kepada rakyat menerusi platform televisyen dan radio agensi KKMM seperti Jabatan Penyiaran Malaysia, Jabatan Penerangan Malaysia dan Bernama serta penggunaan media baharu.

Jelas beliau, mengambil kira kepelbagaian kaum dan etnik di negara ini, maklumat turut disampaikan dalam bentuk infografik yang merangkumi bahasa dalam dialek masyarakat tempatan dan suku kaum. #sumber



Demikianlah Artikel Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Perlu Di Lihat Secara "Menyeluruh" Dengan Pandangan Baharu, Realistik, Rasional Serta Matang

Sekianlah artikel Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Perlu Di Lihat Secara "Menyeluruh" Dengan Pandangan Baharu, Realistik, Rasional Serta Matang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Perlu Di Lihat Secara "Menyeluruh" Dengan Pandangan Baharu, Realistik, Rasional Serta Matang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/jabatan-komunikasi-komuniti-j-kom-perlu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Perlu Di Lihat Secara "Menyeluruh" Dengan Pandangan Baharu, Realistik, Rasional Serta Matang"

Catat Ulasan

Loading...