Loading...

Kebun Haram: Siapa Di Belakang Penceroboh? Mahkamah Putuskan Tindakan Ceroboh Salah !

Loading...
Kebun Haram: Siapa Di Belakang Penceroboh? Mahkamah Putuskan Tindakan Ceroboh Salah ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kebun Haram: Siapa Di Belakang Penceroboh? Mahkamah Putuskan Tindakan Ceroboh Salah !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kebun Haram: Siapa Di Belakang Penceroboh? Mahkamah Putuskan Tindakan Ceroboh Salah !
link : Kebun Haram: Siapa Di Belakang Penceroboh? Mahkamah Putuskan Tindakan Ceroboh Salah !

Baca juga


Kebun Haram: Siapa Di Belakang Penceroboh? Mahkamah Putuskan Tindakan Ceroboh Salah !

 

BANGI – Kes pencerobohan tanah di Raub, Pahang akhirnya menghampiri penghujung, selepas keputusan mahkamah hari ini memihak kepada Kerajaan Negeri Pahang.

Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 204 pekebun durian Musang King di Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah yang dikeluarkan kerajaan negeri.

Mahkamah memberikan dua alasan dalam menolak permohonan plaintif, iaitu pekebun terlibat tidak seharusnya membuat permohonan kebenaran semakan kehakiman kerana notis pengosongan yang dikeluarkan pentadbir tanah bukanlah satu keputusan atau tindakan yang boleh disemak di mahkamah.

Mahkamah juga mendapati pekebun terlibat adalah penceroboh, dan sebagai pihak yang menceroboh, mereka tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman.

Biarpun isu itu hampir selesai, Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin masih tertanya-tanya siapa pihak yang berada di belakang pekebun durian itu.

“Siapakah di belakang mereka? Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa tindakan menceroboh tanah milik kerajaan adalah salah.

“Kerajaan negeri Pahang berhak untuk ambil tindakan yang sebelum ini dipersoalkan oleh para pekebun haram durian Musang King,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Hantaran tersebut turut mendapat sokongan dan respon daripada pengguna Facebook, yang rata-ratanya mendesak penceroboh didakwa mengikut undang-undang.

“Mana-mana peneroka dan pemilik haram tanah kerajaan terus waran tangkap dan hukum serta kompaun mengikut tempoh penguasaan pendudukan dari mula meneroka tanah itu,” kata Rihan Othman.

“Serbu dan ambil tindakan. Jika dibiarkan akan menjadi barah. Kerajaan negeri jangan putih mata saja,” tulis Ain Habibah.

“Ambil balik tanah berserta hasilnya, yang ceroboh tanah jangan diberi muka. Sumbat saja ke dalam,” kata Mohd Noor. #sumber



Demikianlah Artikel Kebun Haram: Siapa Di Belakang Penceroboh? Mahkamah Putuskan Tindakan Ceroboh Salah !

Sekianlah artikel Kebun Haram: Siapa Di Belakang Penceroboh? Mahkamah Putuskan Tindakan Ceroboh Salah ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kebun Haram: Siapa Di Belakang Penceroboh? Mahkamah Putuskan Tindakan Ceroboh Salah ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/kebun-haram-siapa-di-belakang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kebun Haram: Siapa Di Belakang Penceroboh? Mahkamah Putuskan Tindakan Ceroboh Salah !"

Catat Ulasan

Loading...