Loading...

Kegagalan Pembekalan "Enam Kapal" Peronda Generasi Kedua LCS Di Luar Pengetahuan Saya

Loading...
Kegagalan Pembekalan "Enam Kapal" Peronda Generasi Kedua LCS Di Luar Pengetahuan Saya - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kegagalan Pembekalan "Enam Kapal" Peronda Generasi Kedua LCS Di Luar Pengetahuan Saya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kegagalan Pembekalan "Enam Kapal" Peronda Generasi Kedua LCS Di Luar Pengetahuan Saya
link : Kegagalan Pembekalan "Enam Kapal" Peronda Generasi Kedua LCS Di Luar Pengetahuan Saya

Baca juga


Kegagalan Pembekalan "Enam Kapal" Peronda Generasi Kedua LCS Di Luar Pengetahuan Saya

 


KUALA LUMPUR -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan isu kegagalan pembekalan enam kapal peronda generasi kedua Littoral Combatant Ship (LCS) timbul pada tahun 2019, semasa beliau tidak lagi memegang jawatan Menteri Pertahanan.

Menurutnya, beliau memegang jawatan itu mulai April 2009 hingga Mei 2013.

"Ingin ditegaskan bahawa saya telah berhenti sebagai Menteri Pertahanan pada 2013 dan tidak pula menjawatnya pada 2019, pastinya isu ini berada di luar pengetahuan saya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, LCS dibina oleh syarikat Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn Bhd yang dimiliki Boustead Holdings Berhad, yang pemegang saham terbesar adalah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), manakala pemegang saham kedua terbesar adalah Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP), kedua-duanya milik kerajaan.

Merujuk laporan audit yang dibangkitkan pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Wong Kah Woh, Ahmad Zahid berkata penganugerahan kontrak kepada Boustead adalah mengikut Garis Panduan Permohonan Perolehan Secara Rundingan Terus bertarikh 17 April 2002.

Katanya ia secara jelas menyebut rundingan terus hanya boleh dibuat setelah mendapat kelulusan Kementerian Kewangan dan bukannya Menteri Pertahanan.

Menurut Ahmad Zahid, beliau menghormati peranan dan bidang kuasa PAC dalam memastikan kelangsungan struktur kerajaan dan pengurusannya.

Bagaimanapun, beliau percaya PAC seharusnya lebih sensitif dalam mengendalikan keseluruhan proses siasatan, khususnya isu keselamatan negara kerana ia masih di peringkat siasatan.

"Ingin saya tegaskan bahawa penjelasan ini sama sekali tidak mengubah niat saya untuk terus memberikan kerjasama dan membantu PAC dalam melengkapkan siasatannya," katanya.

Semalam media melaporkan PAC akan memanggil Ahmad Zahid pada awal bulan depan bagi melengkapkan prosiding berhubung kegagalan pembekalan enam kapal LCS. #sumber



Demikianlah Artikel Kegagalan Pembekalan "Enam Kapal" Peronda Generasi Kedua LCS Di Luar Pengetahuan Saya

Sekianlah artikel Kegagalan Pembekalan "Enam Kapal" Peronda Generasi Kedua LCS Di Luar Pengetahuan Saya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kegagalan Pembekalan "Enam Kapal" Peronda Generasi Kedua LCS Di Luar Pengetahuan Saya dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/kegagalan-pembekalan-enam-kapal-peronda.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kegagalan Pembekalan "Enam Kapal" Peronda Generasi Kedua LCS Di Luar Pengetahuan Saya"

Catat Ulasan

Loading...