Loading...

Kerajaan Negeri Bersetuju Stadium SUKPA Jadi Pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid-19 (PKRC)

Loading...
Kerajaan Negeri Bersetuju Stadium SUKPA Jadi Pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid-19 (PKRC) - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Negeri Bersetuju Stadium SUKPA Jadi Pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid-19 (PKRC), kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Negeri Bersetuju Stadium SUKPA Jadi Pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid-19 (PKRC)
link : Kerajaan Negeri Bersetuju Stadium SUKPA Jadi Pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid-19 (PKRC)

Baca juga


Kerajaan Negeri Bersetuju Stadium SUKPA Jadi Pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid-19 (PKRC)

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang bersetuju menggunakan Stadium Tertutup Sukpa di Indera Mahkota, di sini sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) bagi menempatkan pesakit bukan warganegara berisiko rendah dan tidak memerlukan rawatan khusus.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pahang, Mohd Zairasyahli Shah Zakaria, berkata pemilihan lokasi berkenaan berikutan ketiadaan tempat sesuai di Bentong yang mana beberapa tempat di kawasan itu kini menjalani pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Setakat ini, tempat seperti Institut Aminuddin Baki (IAB) tidak sesuai kerana sudah dijadikan tempat pusat petugas kesihatan dan pihak berkuasa bagi mengawal kawasan PKPD di tiga lokaliti sekitar Genting Highlands.

“Selain itu, terdapat kira-kira 60 residen masih menetap di dalam kawasan IAB. Tempat lain seperti Dewan MRSM Bentong juga tidak sesuai kerana ia adalah institusi pendidikan dan akan menimbulkan ancaman kepada pelajar dan ibu bapa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, stadium itu dipilih berikutan situasi semasa tidak mengganggu rawatan dan perkhidmatan sedia ada di hospital kerajaan dan memberi lebih ruang kepada rakyat negeri ini mendapatkan rawatan terbaik.

“Selain itu, stadium ini hampir dengan pusat rawatan intensif COVID-19 sekali gus memudahkan pergerakan doktor-doktor pakar dari hospital dalam jarak dan masa singkat.

“Lokasi ini juga khusus untuk warga asing sahaja kerana kita tak mahu akses rakyat tersekat berikutan dipenuhi warga asing,” katanya.

Beliau juga memberi jaminan memaksimumkan tahap keselamatan dan kawalan di stadium berkenaan supaya masyarakat setempat tidak tergugat dengan kehadiran mereka dan boleh menjalani kehidupan harian seperti biasa. #sumber



Demikianlah Artikel Kerajaan Negeri Bersetuju Stadium SUKPA Jadi Pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid-19 (PKRC)

Sekianlah artikel Kerajaan Negeri Bersetuju Stadium SUKPA Jadi Pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid-19 (PKRC) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Negeri Bersetuju Stadium SUKPA Jadi Pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/kerajaan-negeri-bersetuju-stadium-sukpa.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kerajaan Negeri Bersetuju Stadium SUKPA Jadi Pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid-19 (PKRC)"

Catat Ulasan

Loading...