Judul : Kerajaan Negeri Pahang Miliki Makmal Analisis Pertanian Yang "Pertama" Bernilai RM1.2 Juta !
link : Kerajaan Negeri Pahang Miliki Makmal Analisis Pertanian Yang "Pertama" Bernilai RM1.2 Juta !
Kerajaan Negeri Pahang Miliki Makmal Analisis Pertanian Yang "Pertama" Bernilai RM1.2 Juta !
KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang menerusi Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) kini memiliki makmal analisis pertanian termasuk bagi tanaman kelapa sawit yang pertama bernilai RM1.2 juta, bagi menjalankan kajian untuk meningkatkan hasil komoditi tersebut.
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata makmal yang dibangunkan dengan menggunakan teknologi dari Amerika Syarikat itu telah mula beroperasi pada 1 Nov lepas dan menyifatkan kewujudannya selari dengan perkembangan semasa teknologi pertanian.
Makmal itu, menurut Wan Rosdy dimiliki sepenuhnya oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Pahang (LKPP) Corporation Sdn Bhd dan kerja membangunkannya bermula sejak pertengahan Ogos lepas.
"Fungsi utama makmal ini adalah memberi sokongan teknikal kepada ahli agronomi iaitu pakar bidang pengeluaran pertanian dan pengurusan tanah selain boleh menjalankan analisis terhadap 5,000 sampel daun, tanah dan baja dalam setahun.
"Kita juga berharap syarikat perladangan, pertanian dan pihak swasta berkaitan pertanian atau perladangan turut menggunakan kemudahan makmal ini bagi sama-sama kita memajukan bidang pertanian untuk kesejahteraan rakyat dan ekonomi negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan makmal itu di Agro Resort Semuji, Gambang di sini, hari ini. #sumber
Demikianlah Artikel Kerajaan Negeri Pahang Miliki Makmal Analisis Pertanian Yang "Pertama" Bernilai RM1.2 Juta !
Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Negeri Pahang Miliki Makmal Analisis Pertanian Yang "Pertama" Bernilai RM1.2 Juta ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/kerajaan-negeri-pahang-miliki-makmal.html

0 Response to "Kerajaan Negeri Pahang Miliki Makmal Analisis Pertanian Yang "Pertama" Bernilai RM1.2 Juta !"
Catat Ulasan