Judul : Lady Bikers, Nurul Izah Kembara Solo Seluruh Semenanjung 'Sampai Bantuan' Kepada Asnaf
link : Lady Bikers, Nurul Izah Kembara Solo Seluruh Semenanjung 'Sampai Bantuan' Kepada Asnaf
Lady Bikers, Nurul Izah Kembara Solo Seluruh Semenanjung 'Sampai Bantuan' Kepada Asnaf
KUANTAN - Lady bikers dari kelab motosikal berkuasa tinggi, Daz Bikers melakukan kembara solo ke seluruh Semenanjung bermula hari ini.
Lady bikers berkenaan, Nurul Izah Abd. Wahab, 38, berkata, kembara solo selama tiga hari dua malam itu bermula dari Temerloh Titik Tengah Semenanjung Malaysia (TTMS).
Beliau yang berasal dari Bera berkata, jelajah kembara itu dijangka berakhir di daerah ini.
"Dalam jelajah kembara solo ini, saya akan singgah di beberapa tempat terpilih untuk menyampaikan sumbangan amal.
"Sumbangan berupa wang tunai akan disampaikan kepada golongan asnaf," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Nurul Izah yang mengusahakan sebuah restoran di Kuantan berkata, beliau mengambil kesempatan sempena cuti krismas untuk melakukan program kembara berkenaan.
Jelasnya, beliau berterima kasih kepada Trizure International Sdn. Bhd. kerana menaja perbelanjaannya melakukan kembara tersebut.
"Sebagai pengembara wanita, cabaran paling besar buat saya sudah pasti berkaitan dengan aspek keselamatan.
"Oleh itu, perancangan memainkan peranan sangat penting untuk memastikan pengembaraan berjalan lancar," katanya. #PahangDaily
Demikianlah Artikel Lady Bikers, Nurul Izah Kembara Solo Seluruh Semenanjung 'Sampai Bantuan' Kepada Asnaf
Anda sekarang membaca artikel Lady Bikers, Nurul Izah Kembara Solo Seluruh Semenanjung 'Sampai Bantuan' Kepada Asnaf dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/lady-bikers-nurul-izah-kembara-solo.html

0 Response to "Lady Bikers, Nurul Izah Kembara Solo Seluruh Semenanjung 'Sampai Bantuan' Kepada Asnaf"
Catat Ulasan