Loading...

Lebih RM440,000 Lesap Angkara Pelaburan Jual Beli Emas Oleh Gold Trading Investment

Loading...
Lebih RM440,000 Lesap Angkara Pelaburan Jual Beli Emas Oleh Gold Trading Investment - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lebih RM440,000 Lesap Angkara Pelaburan Jual Beli Emas Oleh Gold Trading Investment, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lebih RM440,000 Lesap Angkara Pelaburan Jual Beli Emas Oleh Gold Trading Investment
link : Lebih RM440,000 Lesap Angkara Pelaburan Jual Beli Emas Oleh Gold Trading Investment

Baca juga


Lebih RM440,000 Lesap Angkara Pelaburan Jual Beli Emas Oleh Gold Trading Investment

 


KUALA LUMPUR - Polis menerima 15 laporan dan membuka tiga kertas siasatan terhadap satu sindiket penipuan pelaburan jual beli emas dikenali Gold Trading Investment yang mengakibatkan kerugian lebih RM440,000.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob, berkata sindiket didalangi seorang wanita dikenali Arma Nazirah Abdul Manaf dikesan aktif sejak Jun 2019 hingga Ogos lalu.

"Suspek memperdayakan mangsa dengan menawarkan peluang pelaburan dalam jual beli emas dengan menjanjikan pulangan pelaburan antara 30 hingga 70 peratus.

"Wanita itu sendiri akan berjumpa dan meyakinkan mangsa untuk melabur selain mempunyai ejen untuk mempromosikan pelaburan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mangsa akan diminta membuat pembayaran ke dalam akaun bank yang diberikan dan siasatan polis mendapati satu daripada akaun bank digunakan adalah milik suspek manakala dua lagi menggunakan akaun milik Zeti Amira Abdul Rani dan Mazila Misngat.

"Sebanyak 15 laporan polis diterima dan tiga kertas siasatan sudah dibuka berkaitan pelaburan emas ini yang membabitkan kerugian keseluruhan bernilai RM440,771.

"Pada 2 Mac lalu, suspek utama (Arma Nazirah) sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Kajang dan kes masih dalam perbicaraan manakala dua kes lagi membabitkannya masih dalam siasatan," katanya.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan pelaburan tanpa sebarang dokumen sokongan, kenyataan dan menjanjikan pulangan lumayan.

Sebelum membuat sebarang pelaburan, orang ramai diminta menyemak dan mendapatkan maklumat lanjut terlebih daripada sumber rasmi seperti Semak Mule dan 'alert list' yang dikeluarkan oleh Bank Negara serta Suruhanjaya Sekuriti. #sumber



Demikianlah Artikel Lebih RM440,000 Lesap Angkara Pelaburan Jual Beli Emas Oleh Gold Trading Investment

Sekianlah artikel Lebih RM440,000 Lesap Angkara Pelaburan Jual Beli Emas Oleh Gold Trading Investment kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lebih RM440,000 Lesap Angkara Pelaburan Jual Beli Emas Oleh Gold Trading Investment dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/lebih-rm440000-lesap-angkara-pelaburan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Lebih RM440,000 Lesap Angkara Pelaburan Jual Beli Emas Oleh Gold Trading Investment"

Catat Ulasan

Loading...